Categories: Resipi

Resipi Kek Kopi Lembut & Nostalgia, Auto Teringat Kenangan Lama!

Resipi kek kopi sememangnya antara kek klasik yang digemari ramai. Rasanya yang harum dengan sentuhan kopi pasti mengingatkan kita pada kenangan lama dan sangat sesuai untuk hidangan minum petang.

Di sini, kami kongsikan resipi kek kopi versi Cik Puan Rozie Abu Bakar yang diolah daripada kek marble klasik. Kek ini mendapat sambutan baik oleh ahli keluarga dan telah dibuat beberapa kali dalam minggu ini sahaja!

Jom cuba resipi kek klasik yang mudah ini.

Baca lagi: Resepi Nasi Hujan Panas Beraroma, Cantik Dan Lembut Terlerai Kejadiannya

RESIPI KEK KOPI

Bahan-bahan:

  • 3/4 cawan gula (190 gram)
  • 1 cawan marjerin (250 gram)
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 sudu besar emulco kopi

Cara Penyediaan:

1. Dalam mangkuk besar, mix marjerin dan gula sehingga campuran menjadi kembang dan ringan.

2. Tambahkan telur satu per satu sambil terus mix adunan. Masukkan juga esen vanila dan whisk lagi sehingga sebati.

3. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan. Gaul adunan secara kaup balik sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.

4. Masukkan emulco kopi ke dalam adunan dan kacau hingga warna kopi tersebar rata di dalam adunan.

5. Sapukan marjerin pada loyang dan lapikkan dengan kertas minyak. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan.

6. Panaskan oven pada suhu 170-180°C. Bakar kek selama 45 minit atau sehingga kek masak. Uji kek dengan mencucuk menggunakan lidi atau pisau; jika tidak melekat, kek sudah masak.

Hiasan (Buttercream dan Taburan Coklat Rice):

  • 250 gram mentega
  • 150 gram gula aising

Cara-cara Penyediaan Buttercream:

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga gebu.

2. Setelah kek sejuk, sapukan buttercream pada permukaan kek dan taburkan coklat rice di atasnya untuk sentuhan rasa yang lebih manis dan tekstur yang menarik.

Sumber: Rozie Abu Bakar 

Baca lagi: Bread Butter Pudding Bersama Sos Vanila, Pemanis Mulut Yang Buat Cair Hati

Aisha Qistina

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

7 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

9 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

9 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

9 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

10 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

10 hours ago