Categories: Resipi

Resipi Kek Coklat Moist Untuk 1000 Bekas Doorgift Kahwin, Gerenti Lembut Dan Tak Muak

Ada yang tengah cari resipi kek coklat gebu untuk kenduri kahwin ke? Kalau tempah dalam jumlah banyak, memang boleh tahan juga harganya. Jadi kalau nak jimat bajet, apa kata buat sendiri saja!

Resipi ini memang sesuai untuk buat kuantiti yang besar. Ramai yang guna untuk majlis kahwin sebab hasilnya lembut, gebu dan tak muak langsung walaupun makan banyak.

Kalau ikut sukatan resipi di bawah ini, satu adunan boleh dapat lebih kurang 24 bekas kecil. Jadi senanglah nak kira bajet kalau nak buat dalam kuantiti banyak, contohnya 1000 bekas untuk majlis kahwin.

Baca juga: Resipi Kek Marble Vanilla Tanpa Guna Mixer, Gerenti Jadi Walaupun Pertama Kali Cuba!

RESIPI KEK COKLAT GEBU UNTUK DOORGIFT KAHWIN

Bahan A:

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan serbuk koko (diayak)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api perlahan. Kacau hingga semuanya larut, kemudian sejukkan.

Bahan B:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Ayak semua bahan ini bersama.

Bahan C:

  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Pecahkan telur dan kacau ringan seperti hendak buat telur dadar.

Cara-cara:

  1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan C dan kacau menggunakan whisk. Kalau nak lebih senang, boleh juga kisar dengan blender.
  2. Kemudian masukkan Bahan B sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya adunan tidak berketul.
  3. Tuang adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10 minit dengan api kuat. Jika guna loyang besar, masa mengukus perlu ditambah sedikit.

Bahan topping:

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar minyak masak / marjerin / mentega

Cara buat topping:

Masak semua bahan atas api perlahan hingga larut. Bila topping dah suam, tuangkan ke atas kek yang telah siap dikukus. Kalau nak buat dalam jumlah banyak, gandakan sahaja semua bahan mengikut keperluan.

Sumber: Lyzz Layana

Baca juga: Kek Santan Pandan Gebu Gebas, Belum Rasa Dah Hanyut Dengan Bau Harum Kek

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago