
Ada yang tengah cari resipi kek coklat gebu untuk kenduri kahwin ke? Kalau tempah dalam jumlah banyak, memang boleh tahan juga harganya. Jadi kalau nak jimat bajet, apa kata buat sendiri saja!
Resipi ini memang sesuai untuk buat kuantiti yang besar. Ramai yang guna untuk majlis kahwin sebab hasilnya lembut, gebu dan tak muak langsung walaupun makan banyak.
Kalau ikut sukatan resipi di bawah ini, satu adunan boleh dapat lebih kurang 24 bekas kecil. Jadi senanglah nak kira bajet kalau nak buat dalam kuantiti banyak, contohnya 1000 bekas untuk majlis kahwin.
Baca juga: Resipi Kek Marble Vanilla Tanpa Guna Mixer, Gerenti Jadi Walaupun Pertama Kali Cuba!
RESIPI KEK COKLAT GEBU UNTUK DOORGIFT KAHWIN

Bahan A:
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan serbuk koko (diayak)
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api perlahan. Kacau hingga semuanya larut, kemudian sejukkan.
Bahan B:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Ayak semua bahan ini bersama.
Bahan C:
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
Pecahkan telur dan kacau ringan seperti hendak buat telur dadar.
Cara-cara:
- Masukkan Bahan A ke dalam Bahan C dan kacau menggunakan whisk. Kalau nak lebih senang, boleh juga kisar dengan blender.
- Kemudian masukkan Bahan B sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya adunan tidak berketul.
- Tuang adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10 minit dengan api kuat. Jika guna loyang besar, masa mengukus perlu ditambah sedikit.
Bahan topping:
- 1 cawan susu pekat manis
- 2 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar minyak masak / marjerin / mentega
Cara buat topping:
Masak semua bahan atas api perlahan hingga larut. Bila topping dah suam, tuangkan ke atas kek yang telah siap dikukus. Kalau nak buat dalam jumlah banyak, gandakan sahaja semua bahan mengikut keperluan.
Sumber: Lyzz Layana
Baca juga: Kek Santan Pandan Gebu Gebas, Belum Rasa Dah Hanyut Dengan Bau Harum Kek
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














