bingka kacang hijau

Kuih bingka kacang hijau antara kuih tradisional yang makin dilupai ramai dan susah nak jumpa orang jual. Kalau ada pun, tak banyak kedai yang buat.

Rasanya lembut, wangi pandan dan cukup lemak manis. Memang buat kita teringat zaman dulu. Bau harumnya semerbak satu rumah.

Yang menariknya, bingka kacang hijau ini bukan sekadar sedap untuk minum petang, tapi juga sesuai dijadikan kuih jualan. Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Hampir Expired? Jom Buat Bingka Roti Bakar Sedap Ini, Baru Tak Membazir!

RESEPI BINGKA KACANG HIJAU

bingka kacang hijau

Bahan-bahan:

  • 300g kacang hijau (direbus hingga empuk)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 200ml santan kotak
  • 2 ½ cawan air pandan
  • 2 biji telur
  • 2 ½ cawan gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Dalam satu bekas, satukan bahan bertanda * (tepung gandum, santan, air pandan, telur, gula dan garam).
  2. Gaul atau kisar hingga adunan sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan kacang hijau rebus ke dalam adunan dan kacau rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8 inci yang telah digris dengan sedikit minyak.
  5. Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam menggunakan api atas dan bawah. (Suhu boleh disesuaikan mengikut jenis oven masing-masing.)
  6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Sumber: Shalasiah Ngatdiman

Baca juga: Resipi Bingka Pandan Guna Blender, Satukan Semua Bahan & Terus Boleh Bakar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN