kuih koci

Jom kita buat Kuih Koci Labu Leleh versi mudah iaitu tak perlu bungkus dengan daun pisang pun! Cukup lapik bawahnya dengan daun pisang supaya kekal ada aroma wangi tradisional.

Kuih ini antara resipi yang paling senang nak buat tapi hasilnya tetap sedap. Gabungan doh labu yang lembut, inti kelapa yang manis beraroma dan dadih santan yang cair leleh di atasnya, memang padu betul!

Walaupun tak dibalut daun pisang, versi ini tetap wangi dan lembut. Nak buat pun tak ambil masa lama. Sesuai sangat untuk minum petang atau hidangan pencuci mulut.

Baca juga: Resipi Sekaya Labu, Kuih Tradisional Yang Lemak Manis Dan Lembut Wangi!

RESEPI KUIH KOCI LABU LELEH

kuih koci

Resepi Inti Kelapa

Bahan-bahan:

  • 1 biji kelapa parut
  • Gula merah secukupnya
  • Gula pasir secukupnya
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Daun pandan
  • 3–4 sudu besar tepung gandum

Cara Penyediaan:

  1. Masak gula merah bersama secawan air dan daun pandan hingga larut, kemudian tapis.
  2. Masukkan air gula ke dalam kuali bersama gula pasir, garam dan kelapa parut.
  3. Masak hingga inti sedikit kering.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum untuk memekatkan tekstur inti.
  5. Gaul rata, tutup api dan biarkan sejuk sebelum digunakan sebagai inti.

Resepi Doh Kuih Koci

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu sederhana besar (Kupas kulit, potong kecil, basuh dan rebus hingga empuk. Letak sedikit garam, toskan dan biar sejuk. Lenyekkan.)
  • 1 paket tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar santan kotak

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit ke dalam labu yang telah dilenyek.
  2. Tambahkan tepung gandum dan santan, gaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Ambil doh lebih kurang 30 gram, leperkan dan letakkan inti kelapa di tengah.
  4. Bulatkan semula doh dengan kemas.
  5. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, kemudian masukkan bebola koci.
  6. Rebus hingga kuih timbul (tanda dah masak), kemudian angkat dan toskan.
  7. Susun kuih dalam bekas yang dilapik daun pisang (contohnya 6 biji satu bekas).
  8. Sedia untuk dituangkan dadih santan di atasnya.

Resepi Dadih Santan

Bahan-bahan:

  • 1 kotak santan (200 ml) atau 1½ cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 4 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk.
  2. Masak atas api perlahan hingga mendidih dan adunan menjadi pekat.
  3. Bila siap, tuangkan perlahan-lahan di atas kuih koci yang telah disusun tadi.
  4. Boleh terus dinikmati panas-panas atau disejukkan dahulu dalam peti ais untuk rasa lebih lembut dan leleh.

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Kuih Cara Manis Pandan Yang Lembut, Gebu Macam Resipi Mak Kita Dulu-Dulu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN