resepi kuih keria keledek

Resepi kuih keria keledek ungu ini tidak sama seperti kuih keria yang kita selalu makan. Resipi ini guna keledek ungu sebagai bahan utama, bukan keledek biasa. Warna dia pun lebih menarik dan rasanya ada sedikit kelainan.

Cara buatnya pun mudah saja. Rebus keledek, lenyek, campur dengan tepung, bentukkan, goreng dan salut dengan gula. Sama macam kuih keria biasa, tapi hasilnya lebih cantik dan rasa pun sedap.

Kalau dah biasa buat kuih keria biasa, apa kata kali ni cuba resepi kuih keria keledek pula? Sesuai sangat untuk minum petang, bawa ke tempat kerja atau hidang masa tetamu datang rumah.

Baca juga: Resepi Keria Ball, Guna Ubi Keledek Jenis ‘Ini’ Baru Tak Terlembik!

RESEPI KUIH KERIA KELEDEK UNGU

resepi kuih keria keledek

Bahan-bahan:

  • 500 gram keledek ungu
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir + 3 sudu besar air

Cara-cara:

  1. Rebus keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung gandum ke dalam keledek dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  3. Timbang doh seberat 40 gram dan bentukkan seperti donut. Buat lubang di tengahnya.
  4. Goreng dalam minyak yang cukup banyak (deep fry) dengan api sederhana panas sehingga keemasan.
  5. Untuk salutan gula, masak air dan gula hingga pekat.
  6. Masukkan kuih yang telah digoreng ke dalam larutan gula dan gaul rata.
  7. Kacau sehingga gula menjadi bertali. Tutup api dan teruskan mengacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih sepenuhnya.

Sumber: Zuraita Mohd Anua

Baca juga: Mini Keria Gula Melaka, Cantik Berkilat Hasilnya Buat Geram Nak Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN