Baik sarapan pagi mahupun minum petang, karipap sudah menjadi kegemaran ramai sejak dulu lagi. Kali ini, kami akan kongsikan resipi Karipap Sardin yang rangup dan sedap.
Di Malaysia, karipap merupakan antara kuih tradisional yang sangat popular dan sering laku keras. Antara jenis karipap yang ada seperti karipap berjerawat dan karipap pusing.
Jalilah JJ Homemade telah kongsikan resipi Karipap Sardin di Facebook yang hasil kulitnya licin sampaikan ramai tertarik untuk membuatnya sendiri di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Kulit Karipap Berjerawat Yang ‘Perfect’, Dah Sejuk Pun Tetap Rangup
Bahan-bahan kulit karipap:
Bahan-bahan inti karipap:
Cara-cara membuat inti karipap:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan sedikit gula supaya proses cili cepat garing.
4. Buang tulang ikan sardin, asingkan dulu kuahnya. Hancurkan sardin sekali dengan kuahnya dan masukkan dalam cili kisar yang sudah garing tadi dan masak sampai kering.
5. Pecahkan telur, kacau cepat-cepat dan masukkan daun sup. Kacau sebati dan angkat. Sejukkan inti dahulu baru gunakannya.
Cara-cara membuat karipap:
1. Ayak tepung gandum dan buat lubang di tengah ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, biar panas betul baru letak butter.
3. Biarkan butter cair dan tuang pada tepung yang telah diayak.
4. Kacau dengan senduk kayu, biarkan seketika baru gaul dengan tangan jadi serbuk roti.
5. Larutkan garam, gula dan air kapur.
6. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh, kemudian perap ½ jam baru diterap dengan inti (saya terap kemudian kelim semula untuk elak daripada terbuka)
7. Goreng dalam minyak yang banyak dan campurkan dengan shortening untuk mengebuskan karipap, kemudian angkat dan toskan. Siap!
Dengan inti sardin yang pedas manis bersama kulit karipap yang rangup, resipi Karipap Sardin ini bukan saja mudah disediakan, malah sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Jalilah JJ Homemade
Baca juga: Resepi Karipap Pusing, Begini Cara Dapat Hasil Pusar Tak Merekah Dan Lebih Garing!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…