Categories: Resipi

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu. Keistimewaannya terletak pada penggunaan rempah ratus yang disangai terlebih dahulu sebelum dikisar halus menjadi pes.

Berbeza dengan kari biasa yang menggunakan serbuk rempah segera, resipi ini menghasilkan aroma rempah yang lebih harum kerana bahan-bahannya disangai sendiri. Kelapa parut juga digunakan untuk memberikan rasa lebih lemak pada kuah kari.

Hidangan ini sesuai disajikan bersama nasi putih, nasi minyak atau roti. Kentang turut dimasukkan bagi melengkapkan hidangan, manakala buah murungai boleh ditambah jika suka. Lebih menarik, kari kambing ini boleh dimasak sehari lebih awal supaya rempah dan rasanya lebih sebati.

Baca juga: Makanan Tradisional Orang India, 7 Senarai Ini POPULAR Semasa Perayaan Deepavali!

RESIPI KARI KAMBING KUAH PEKAT (Araittuvitta Mutton Kuzhambu)

Bahan utama:

  • 1/2 kg daging kambing
  • Kentang secukupnya
  • Hirisan daun ketumbar
  • Daun kari secukupnya
  • 5 senduk minyak masak
  • 3 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 5 biji tomato (dipotong kecil)
  • 1 sudu kecil pes halia bawang putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu garam batu
  • 1/2 sudu kecil jintan manis

Bahan rempah kisar:

  • 1 keping kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 1 atau 2 biji maratti moggu
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 keping kalpasi
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 3/4 sudu kecil biji lada hitam
  • 3 sudu kecil biji ketumbar
  • 10 tangkai cili kering
  • 10 tangkai cili kering Kashmir
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menyangai rempah

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga lawang, maratti moggu, buah pelaga, kalpasi, jintan manis, jintan putih, biji lada hitam, biji ketumbar, cili kering dan cili kering Kashmir.
  2. Sangai semua bahan rempah seketika sehingga naik bau. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, masukkan kelapa parut dan sangai sehingga kering. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan semua bahan rempah yang telah disangai bersama kelapa parut ke dalam pengisar. Kisar sehingga menjadi pes yang halus. Jika suka, boleh juga menggunakan batu giling untuk mendapatkan tekstur pes yang lebih baik.
  5. Panaskan 5 senduk minyak masak dalam periuk. Masukkan jintan manis, bawang besar yang dihiris dan daun kari. Tumis sehingga bawang menjadi keperangan.
  6. Masukkan pes halia bawang putih dan tumis seketika sehingga naik bau.
  7. Seterusnya, masukkan tomato yang telah dipotong kecil bersama serbuk kunyit. Gaul rata dan tumis sehingga tomato menjadi lembut.
  8. Masukkan garam batu dan kacau sehingga sebati. Teruskan menumis sehingga tomato benar-benar hancur dan masak.
  9. Masukkan daging kambing dan gaul rata. Biarkan seketika supaya daging bersalut dengan bahan tumisan.
  10. Masukkan pes rempah dan kelapa yang telah dikisar tadi. Gaul sehingga sebati dan biarkan kari mereneh sehingga warna rempah berubah. Proses ini memerlukan sedikit kesabaran supaya rempah benar-benar masak dan mengeluarkan aromanya.
  11. Tuangkan air bilasan pengisar mengikut kuantiti kuah yang diinginkan. Masukkan kentang dan gaul rata.
  12. Pindahkan semua bahan ke dalam periuk tekanan atau pressure cooker. Masak selama 6 kali bunyi wisel sehingga daging kambing empuk.
  13. Jika suka, masukkan buah murungai. Setelah masak, taburkan hirisan daun ketumbar.
  14. Tutup api dan biarkan seketika supaya rasa rempah lebih sebati. Jika mempunyai masa, kari kambing ini lebih elok dimasak sehari awal dan dipanaskan semula sebelum dihidangkan.

Tip: Untuk mendapatkan rasa kari yang lebih sebati, jangan tergesa-gesa ketika menumis pes rempah. Pastikan rempah cukup masak sebelum menambahkan air supaya aroma dan rasanya lebih menyerlah.

Sumber: Kesavan Supramaniam

Baca juga: Nei Urundai, Salah Satu Kuih Tradisional Wajib Ada Ketika Sambutan Deepavali

Wan N

Recent Posts

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

1 hour ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

2 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

3 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

19 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

19 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

20 hours ago