Categories: Resipi

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan, Makan Sekali Terus Tambah Selera

Tak lengkap sesuatu hidangan nasi dan lauk tanpa sayur yang sedap. Jika begitu, anda boleh cuba resipi Kacang Botol Goreng Belacan pada hari ini.

Kacang botol juga dikenali sebagai kacang kelisa atau kacang botor, merupakan sejenis sayuran yang cukup popular di Malaysia.

Baca juga: Teknik Betul Bersihkan Sayur, Tambahkan 1 BAHAN Ini Semasa Cuci

Kacang Botol sangat kaya dengan nutrien seperti protein, vitamin, dan mineral, di samping mempunyai sifat antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan.

Orang-orang kampung suka tanam pokok kacang botol di luar rumah kerana sayur ini sering digunakan dalam pelbagai masakan tempatan seperti ulam-ulaman, sayur tumis dan kerabu.

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan yang dikongsikan oleh Adam Abdullah di Facebook ini menggunakan jalan kerja yang sangat mudah. Jom cuba!

RESIPI KACANG BOTOL GORENG BELACAN

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Hiris kacang botol secara kecil-kecil, kemudian basuh bersih-bersih.

2. Kisar atau tumbuk semua bahan yang bertanda (*).

3. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan garing.

4. Masukkan garam dan perasa, kemudian masukkan kacang botol yang telah dipotong tadi.

5. Gaul rata dan masukkan sedikit air. Jika suka berkuah, boleh letak air banyak sikit.

6. Biarkan mendidih dan garing, kemudian boleh angkat. Siap untuk dihidang!

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan ini cukup sesuai untuk mereka yang sukakan sayur ringkas. Tambahan pula, cara memasaknya tak begitu renyah.

Rasa pedas yang memikat dengan kerangupan kacang botol pasti membuatkan anda berselera makan, silap-silap boleh bertambah nasi dibuatnya.

Jangan lupa untuk hidangkan Kacang Botol Goreng Belacan di rumah sebagai hidangan buat seisi keluarga pada hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Adam Abdullah

Baca juga: Tips Simpan Sayur Kekal Segar & Jimat Ruang Dalam Peti Ais, Ikut Je Cara Ini!

Aimi

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

4 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

5 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

5 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

6 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

8 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

9 hours ago