Anda yang tengah diet, boleh cuba buat resipi popia Vietnam atau bahasa ‘glamour‘ adalah Vietnam roll. Juadah ini hanya mengandungi 195 kalori sahaja.
Cara buatnya hanya menggunakan kaedah rebusan dan sedikit sos istimewa. Makan banyak pun, tak rasa bersalah!
Kalau anda nak tukar udang kepada daging, ayam atau sotong juga tiada masalah. Ikut kepada selera anda sendiri.
Jom tengok popia vietnam resipi istimewa dari Cik Puan Norzaina Salim ini.
Baca juga: Resipi Durian Mille Crepe, Pencuci Mulut Kayangan Boleh Buat Sendiri Je!
Bahan-bahan:
Untuk popia:
Untuk sos:
Cara Penyediaan:
1. Dalam mangkuk, campurkan semua bahan untuk sos dan perisa. Ketepikan.
2. Didihkan air dalam kuali atau wok, tambahkan garam, dan masak kepingan ayam sehingga masak.
3. Asingkan ayam dari air, biarkan sejuk, dan hiris secara panjang.
4. Gunakan air yang sama untuk memasak udang. Keluarkan dari air panas, buang kulit, dan potong secara berjalur. Letakkan udang di tepi bersama hirisan ayam.
5. Aturkan daun selasih, taugeh, dan daun ketumbar di atas pinggan besar.
6. Rendamkan rice paper dalam mangkuk yang berisi air panas dan letakkan di atas sehelai tuala dapur.
7. Letakkan setengah helai daun salad di atas rice paper.
8. Tambahkan dua keping ayam, sedikit bihun, taugeh, daun selasih, dan daun ketumbar.
9. Lipat dari bahagian bawah meliputi isian, kemudian lipat dari sebelah kanan dan kiri.
10. Letakkan dua keping udang sebelum menggulungnya seperti Swiss roll.
11. Hidangkan popia bersama sos yang telah disediakan.
Selamat mencuba
Sumber: Norzaina Salim
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Gulung, Siap Gambar Langkah Demi Langkah!
Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…