Jom cuba resipi jejari kentang cheese ini. Sesuai dijadikan kudapan untuk anak-anak tak kira untuk sarapan pagi atau minum petang.
Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga sangat mudah untuk dicuba. Teksturnya juga sangat rangup selepas siap digoreng. Lagi sedap dicicah dengan sos cili. Jom cuba!
Baca juga: Jejari Roti Bersalut Tepung, Guna 2 Bahan Ini Je Dan Memang Sedap!
1. Kupas kentang dan rebus sehingga ianya empuk. Bila dah masak, angkat kentang dan lenyekkan sehingga betul-betul hancur.
2. Kemudian, masukkan tepung jagung, cheese dan serbuk perasa. Gaul sehingga semuanya menjadi sebati.
3. Bila dah sebati, masukkan dalam plastik dan lenyekkan supaya sama tebal seperti buat nasi impit.
4. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku sehingga ia keras.
5. Bila dah keras elok, keluarkan dari plastik. Nak mudah, koyakkan saja plastik.
6. Potong secara memanjang mengikut saiz kesukaan anda.
7. Celupkan dalam telur dan salut menggunakan serbuk roti.
8. Goreng sehingga garing dan rangup, jangan sampai hitam.
9. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit: Pn Fara En Lana
Baca juga: Cara Buat Jejari Ayam Homemade ‘Isi Padat’, Lagi Sihat Tanpa Bahan Pengawet
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…