
Bosan dengan ikan goreng biasa? Kalau anda ada stok ikan di dapur, apa kata cuba resepi ikan kembung versi ala Thai ini. Gabungan rasa pedas menyengat, aroma herba yang kuat dan rasa lemak manis ikan goreng pasti buatkan sesiapa sahaja bertambah nasi!
Lauk ini sangat popular di kedai makan Siam, tapi sebenarnya sangat mudah untuk dimasak sendiri di rumah. Jom kita tengok cara penyediaannya yang paling simple tapi rasa sama seperti makan di kedai.
Baca juga: Resipi Singgang Ikan Tongkol Yang Paling Nikmat, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Ini!
RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK PEDAS ALA THAI
Bahan utama:
- 3-4 ekor ikan kembung (digaul garam kunyit dan digoreng garing)
- 3 batang serai (dihiris nipis atau diketuk)
- 4-5 helai daun limau purut (dihiris halus)
Bahan kisar kasar:
- 6 ulas bawang putih
- 10-15 biji cili padi hijau (ikut tahap kepedasan)
- 10-15 biji cili padi merah
Bahan perasa:
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit air (untuk kuah)
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang telah dikisar kasar (cili dan bawang putih) bersama serai. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata sehingga sebati.
- Tuangkan sedikit air untuk dijadikan kuah. Sukatannya mengikut cita rasa anda (jangan terlalu banyak supaya kuah tetap pekat). Biarkan kuah mendidih seketika.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa. Imbangi rasa manis dan masin mengikut selera.
- Masukkan hirisan daun limau purut dan ikan kembung yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata supaya ikan disaluti sambal sepenuhnya. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan!
Sumber: Lizawati Suradi
Baca juga: Resipi Ikan Sambal Cili Padi, Rasa ‘Menyengat’ Sampai Makan Licin Ke Tulang
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














