ikan rebus air asam

Bila tiada idea nak masak apa, jom masak yang simple-simple tapi sedap seperti ikan rebus air asam ini.

Ada satu lauk ni pun dah menaikkan selera, bertambah 2 pinggan nasi dibuatnya.

Resipi perkongsian dari Akma Abdullah ini wajib dicuba. Gandingkan dengan benti rebus lagi umphh!

Ikan Rebus Air Asam Bersama Bendi Rebus

Bahan-bahan:

  • Ikan (rebus dengan asam keping dan garam)
  • Bendi (rebus)
  • Bawang kecil hiris nipis 2 biji.
  • Bawang putih bakar dan ketuk 2 ulas
  • Air asam jawa (bancuh air asam jawa guna air rebusan ikan tadi)
  • Belacan bakar
  • Cili (kuantiti ikut nak pedas mana)
  • Garam
  • Gula

Cara-caranya:

1. Dalam pinggan, masukkan sedikit air asam jawa kemudian picit cili, belacan, bawang, garam dan gula.

2. Masukkan air asam jawa dan gaul rata.

3. Tuangkan ke atas ikan yang sudah dibuang tulang. Gaulkan.

4. Siap untuk dimakan dengan bendi rebus atau apa sja sayur yang disukai.

Kredit: Akma Abdullah

Baca juga: Resipi Air Asam Sedap & Padu. Rasa Masam, Manis Memang Membangkitkan Selera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN