ikan percik bakar

Kadang-kadang pening kepala tak tahu nak masak apa untuk berbuka. Apa kata jom cuba resipi ikan percik bakar yang sedap dan berkuah pekat berempah ini. Aroma kuah percik yang dimasak dengan santan, cili dan rempah memang boleh buat satu rumah terbau harum.

Sebenarnya resipi ikan percik bakar ini tidaklah susah pun. Bahannya ringkas dan cara masaknya juga mudah. Ikan dibakar bersama kuah percik di atas daun pisang, jadi rasanya lebih wangi dan menyelerakan.

Kalau makan panas-panas dengan nasi putih, memang bertambah selera. Kuah percik yang pekat dan sedikit pedas ini pula memang cukup sedap diratah bersama ikan bakar.

Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal ‘Melimpah’, Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam

RESIPI IKAN PERCIK BAKAR

ikan percik bakar

Bahan-bahan kisar:

  • 3 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai

(Kisar semua bahan di atas)

Bahan-bahan lain:

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 keping asam keping
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali.
  2. Tambahkan serbuk ketumbar, cili kisar dan santan pekat.
  3. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  4. Masukkan asam keping dan sedikit air.
  5. Masak sambil dikacau sehingga kuah percik menjadi pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian tutup api.
  7. Panaskan pan atau kuali leper dan alas dengan daun pisang.
  8. Tuangkan sedikit kuah percik di atas daun pisang.
  9. Letakkan ikan di atas kuah percik tadi.
  10. Tuangkan lagi kuah percik di bahagian atas ikan.
  11. Tutup ikan dengan daun pisang.
  12. Bakar sambil diterbalikkan sekali-sekala supaya ikan masak sekata.
  13. Masak lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak sempurna.

Sumber: Puan Alza

Baca juga: Rahsia Buat Asam Rebus Ikan Kerisi Jadi Lagi Sedap, Masam Manis Pedas Cukup Rasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN