ikan masak pedas thai

Bila tiada idea nak masak apa, akhirnya pasti akan cari resipi di Google kan? Kalau anda tengah cari resipi ikan, apa kata jom cuba Resipi Ikan Masak Pedas Thai ini.

Rasanya yang sedikit masam, manis dan pedas berlemak pasti akan membuatkan anda berselera! Hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang tidak berapa sihat.

Nak cuba? Jom lihat resipi lengkap di bawah.

CARA BUAT IKAN MASAK PEDAS THAI

Bahan-bahan untuk goreng ikan:

  • Ikan
  • Garam
  • Kunyit
  • Tepung jagung

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji cili api merah
  • 3 biji cili api hijau
  • 2 batang akar ketumbar

Bahan-bahan kuah:

  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 1 batang serai (hiris nipis)
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit air limau nipis
  • Daun limau purut
  • Sedikit air
  • 1/2 sudu besar gula
  • Serbuk perasa
  • Garam (jika perlu)
  • Tomato
  • Daun ketumbar (hiasan)

Cara-cara penyediaannya:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit kasi berseri. Letak sikit tepung jagung untuk tambah kerangupan. Panaskan minyak dan goreng ikan dulu. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

ikan masak pedas thai

2. Panaskan minyak, tumis 1 biji bawang besar dan 1 batang serai yang sudah dihiris nipis.

3. Bila dah kekuningan, masukkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.

ikan masak pedas thai

4. Masukkan 3 sudu sos cili, 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos ikan dan sedikit air limau nipis. Kacau sampai pecah minyak lagi.

5. Masukkan juga daun limau purut.

6. Tambah sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.

7. Masukkan 1/2 sudu besar gula mengikut tahap kemanisan yang disukai. Perasakan juga dengan serbuk perasa. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam secukupnya.

8. Tutup api dan baru masukkan tomato.

9. Curahkan kuah pedas Thai ke atas ikan yang sudah siap digoreng tadi.

10. Taburkan juga sedikit daun ketumbar sebagai penyeri hidangan.

Selamat mencuba!

ikan masak pedas thai

Kredit: Liza Idris

Baca juga:  Petua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali, Hanya Guna Satu Bahan Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN