lawa ikan

Lawa ikan merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin kurang dikenali oleh generasi muda hari ini. Resipi lawa ikan tamban ini cukup popular dalam kalangan orang lama, terutama di kawasan Pantai Timur. Walaupun rupanya seakan-akan kerabu, sebenarnya ia mempunyai cara penyediaan dan identiti tersendiri.

Keistimewaan hidangan ini terletak pada penggunaan ikan tamban yang benar-benar segar. Isi ikan yang dicincang halus akan digaul bersama perahan limau nipis sehingga berubah warna seperti telah dimasak. Teknik ini menjadikan tekstur ikan lembut dan rasanya lebih segar.

Gabungan daun kesum, cili padi dan limau nipis pula menghasilkan rasa masam, pedas dan harum yang cukup menyelerakan. Jika anda penggemar makanan tradisional yang ringkas tetapi penuh rasa, wajib cuba resipi ini di rumah.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Ikan, Tumis Dengan Bahan Ringkas Ini Saja Tapi Memang Membuka Selera!

RESIPI LAWA IKAN TAMBAN SEGAR

lawa ikan

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan tamban segar
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 biji limau nipis
  • Cili padi secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Ambil isi ikan tamban sahaja dan cincang sehingga halus. Masukkan ke dalam bekas.
  2. Perahkan limau nipis ke atas isi ikan dan gaul sehingga sebati. Biarkan beberapa minit sehingga isi ikan berubah warna seperti telah dimasak.
  3. Hiris halus daun kesum dan masukkan ke dalam bekas berisi ikan.
  4. Tambahkan cili padi yang telah dipotong mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Gaul semua bahan sehingga sebati. Pastikan rasanya seimbang antara masam, pedas dan masin.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Elly Elina

Baca juga: Resipi Tomyam Ikan Siakap Padu, Kuah Masam Pedas Menyengat & Pasti Membuka Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN