halwa belimbing buluh

Halwa belimbing buluh memang antara resipi tradisional yang makin jarang dibuat, sedangkan buah ini bila berbuah memang sangat banyak dan tidak tahan lama di pokok. Daripada dibiarkan rosak, lebih baik kita olah jadi halwa yang manis, sedap dan boleh tahan lama.

Ramai generasi sekarang mungkin tidak begitu kenal apa itu halwa. Biasanya belimbing buluh hanya digunakan untuk masakan seperti sambal atau dijadikan belimbing hitam. Tapi sebenarnya buah ini boleh dijadikan manisan tradisional yang unik dan sedap kalau kena cara buatnya.

Resipi ini dikongsikan sebagai salah satu cara untuk elakkan pembaziran, terutama bila pokok belimbing buluh sedang lebat berbuah. Prosesnya memang mudah, cuma perlukan sedikit kesabaran. Hasilnya, memang berbaloi kerana teksturnya lembut seperti kismis besar dan rasa manis yang unik.

Baca juga: Resipi Cili Jeruk Rangup & Anti Kulat, Tak Letak Peti Pun Tahan Sampai Berminggu!

RESIPI HALWA BELIMBING BULUH

halwa belimbing buluh

Bahan-bahan:

  • 1 kg belimbing buluh (hijau atau kuning, yang segar)
  • Segenggam garam kasar
  • 1 sudu besar kapur makan
  • 1 kg gula kasar
  • 2 cawan air

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh bersih belimbing buluh tanpa mengopek tangkainya. Biarkan tangkai tanggal sendiri semasa proses rendaman.
  2. Bancuh air kapur, kemudian rendam belimbing buluh sehingga tenggelam sepenuhnya.
  3. Jika ada yang timbul, tekan perlahan supaya semuanya terendam. Biarkan selama kira-kira setengah hari. Jika menggunakan belimbing hijau, warnanya akan bertukar sedikit kekuningan.
  4. Selepas itu, basuh semula belimbing buluh hingga bersih.
  5. Seterusnya, rendam pula dalam air garam kasar sekurang-kurangnya 1 malam. Lagi lama direndam, lagi terasa sedikit masin pada halwa nanti.
  6. Untuk air gula, masak air bersama gula kasar sehingga gula larut sepenuhnya. Bila sudah mendidih dan sebati, tutup api dan biarkan sejuk.
  7. Toskan belimbing buluh dari air garam hingga betul-betul kering.
  8. Masukkan belimbing buluh ke dalam bekas bertutup, kemudian tuangkan air gula yang sudah sejuk ke dalamnya.
  9. Simpan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 hari. Lagi lama disimpan, lagi sedap rasa halwa tersebut.

Sumber: Lee Jaguar

Baca juga: Resipi Jeruk Nanas Masam Manis Pedas, Buat Satu Balang Memang Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN