Pasti ramai yang pertama kali dengar ‘gulai ayam siam’ kan? Rasanya hampir sama seperti gulai lemak, tetapi rasa ayam gulai versi Siam ini lebih beraroma.
Kalau dah bosan asyik masak gulai biasa, jom cuba gulai versi siam ni pula. Nak tahu sedap ke tidak, kenalah cuba masak sendiri.
Baca juga: 5 Minit Dah Siap! Ini Rahsia Buat Sambal Belacan Kedai Siam Yang ‘Sebijik Sama’
Resipi Gulai Ayam Siam
Bahan-bahan kisar:
- Cili besar merah dan cili besar hijau
- Cili padi merah dan cili padi hijau
- 2 batang serai
- Lengkuas
- Halia
- Buah keras
- Belacan
- Kunyit hidup
- Bawang besar
- Bawang putih
- Kulit limau purut
Bahan-bahan lain:
- Cili kering
- Asam keping
- Ayam
- Santan segar
- Garam
- Gula melaka
Cara memasak:
1. Masukkan minyak masak. Tumis serai yang sudah diketuk terlebih dahulu.
2. Kemudian, boleh terus masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar.
3. Seterusnya, masukkan sedikit cili kering kisar serta asam keping.
4. Masak sehingga pecah minyak, ulang tambah air sebanyak 3 kali.
5. Selepas itu, boleh masukkan ayam.
6. Bila dah mati air ayam, baru masukkan santan segar.
7. Perasakan dengan garam dan gula melaka.
8. Masukkan daun limau pulut. Buang dulu urat tengah pada daun limau pulut itu.
9. Tutup api dan perahkan limau. Siap untuk dimakan!
Video penuh:
@hadimohdsalleh Reply to @luna_ezan Maaf ya lambat share resepi. Ramai rupanya nak makan Gulai Siam Ayam 😅, rupa macam rendang tapi bukan dia, ada gaya asam pedas pun bukan dia 😆 #tiktokmalaysia #malaysiafood #masakapaharini #makanantradisional #myfoodie #laukkampung #fyp #fypシ
Sumber: TikTok @hadimohdsalleh
Baca juga: Resipi Gulai Ayam Confirm Sedap, Memang Ngam Cicah Dengan Roti