Baru-baru ini, donut susu telah menjadi trend namun lain pula dengan sekarang apabila Donut Red Velvet pula mula dicuba oleh orang ramai.
Ada yang berminat nak cuba buat donut versi red velvet ini? Jom lihat resipi perkongsian dari Siti Hadirah di bawah.
* Campur 3 bahan di atas, biarkan kembang dan berbuih.
1. Masukkan bahan bertanda (*). Untuk tepung, guna 2 cawan terlebih dahulu. Selebihnya, ketepikan. Gaul semuanya sehingga menjadi serbuk roti.
2. Kemudian tuang air campuran yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
3. Uli sehingga menjadi doh dan tak melekat pada tangan. Jika adunan masih lembik, masukkan lebihan tepung tadi sedikit demi sedikit. Jangan masukkan semua terus.
4. Uli doh lebih kurang selama 15 hingga 20 minit sehingga doh menjadi licin dan elastik.
5. Biarkan doh naik dua kali ganda dalam masa 1 jam dalam keadaan bertutup.
6. Apabila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk sikit untuk buang angin. Kemudian boleh buat bentuk. Nak guna tangan pun boleh, guna acuan pun boleh.
7. Biarkan lagi dalam 10 hingga 15 minit. Kemudian bolehlah goreng.
8. Apabila dah siap goreng, gaulkan dengan gula halus.
9. Siap untuk dihidang.
Kredit: Siti Hadirah
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…