Categories: Dapur TempurHiburan

“Dapur berasap tapi kotor berlemuih?” – Yasmin Hani Sanggup Berlapar Asalkan Rumah Bersih

Menurut Yasmin, dia mengetahui asas memasak namun lebih memilih untuk mengemas bagi mengelakkan rumah dalam keadaan kotor.

“Saya boleh memasak cuma tidak sampai level seperti ibu. Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Tahap keyakinan saya dalam bab mengemas ni sampai rasa boleh buka business mencuci.

Baca juga: Dapur Tempur, Program Lawan Masak Terbaru Di TV9!

“Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?

“Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya ialah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak saja,” katanya.

Biar dapur tak berasap asalkan sentiasa bersih

Mengulas lebih lanjut, Yasmin sering berdoa agar suatu hari nanti hatinya terbuka untuk minat memasak serta menjelaskan keadaan ketika dia membesar menjadi punca lebih gemar mengemas.

“Dulu bila saya masuk dapur, saya kena marah dan halau. Dah ada tiga orang (kakak Yasmin) di dapur, jadi yang bongsu ni tak pandai masak buat apa? Saya keluar kemas satu rumah.

“Saya rasa lebih suka mengemas sebab keadaan saya membesar macam tu. Saya suka diberi peluang untuk sertai program masakan Dapur Tempur ni sebab saya dapat banyak belajar.

“Saya fikir balik dan berdoa ‘Ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai memasak”.

“Sebelum ni saya doa untuk luangkan masa dengan anak-anak, Allah makbulkan dengan maid saya lari. Jadi sekarang ni saya minta doa untuk minat memasak, zapp saya dapat peluang jadi host untuk program masakan”.

Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

@myresipi

Jom kita tanya Yasmin Hani suka makan apa?? #myresipi #dapurtempur #fyp #fypシ

♬ SWIPE – ALYPH

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago