donut nestum

Donut Nestum memang pilihan yang sesuai untuk anda yang suka donut lembut dengan rasa yang sedikit berbeza daripada donut biasa. Penambahan Nestum dalam adunan memberikan aroma yang lebih harum, rasa lemak yang enak serta tekstur yang lebih menarik setiap kali digigit.

Ramai sangka membuat donut di rumah memerlukan teknik yang rumit, sedangkan resipi ini cukup mudah untuk diikuti walaupun oleh orang yang baru belajar membaking. Dengan sukatan yang betul dan proses perapan yang mencukupi, hasilnya boleh menjadi gebu dan naik cantik.

Donut ini bukan sahaja sedap dinikmati ketika masih panas, malah sesuai dijadikan hidangan minum petang, jamuan keluarga atau bekalan ke sekolah dan pejabat. Lebih menarik, anda boleh menikmatinya dengan salutan gula kastor, coklat cair atau apa sahaja topping kegemaran mengikut cita rasa sendiri.

Baca juga: Nak Buat Donut Lembut Dan Gebu? Cuba Letak 1 Sudu Cuka Dalam Doh, Hasil Memang Menjadi

RESIPI DONUT NESTUM YANG LAIN DARI BIASA

donut nestum

Bahan A (bancuhan yis):

  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu makan yis kering
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu makan gula

Bahan B (doh):

  • 3½ cawan tepung gandum
  • 2 paket Nestum 3 dalam 1
  • 3 sudu makan marjerin atau mentega
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan cuka

Bahan salutan:

  • Gula kastor secukupnya atau
  • Coklat cair mengikut citarasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan air suam, yis kering, susu pekat manis dan gula ke dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati, kemudian biarkan selama 5 hingga 10 minit sehingga yis berbuih.
  2. Di dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, Nestum 3 dalam 1, marjerin atau mentega, garam dan cuka. Tuangkan bancuhan yis sedikit demi sedikit sambil digaul.
  3. Uli doh sehingga menjadi licin, lembut dan tidak melekat di tangan. Jika perlu, tambah sedikit tepung ketika menguli.
  4. Tutup bekas menggunakan kain lembap atau plastik pembungkus. Biarkan doh mengembang sehingga naik dua kali ganda, lebih kurang 45 minit.
  5. Tumbuk doh perlahan-lahan untuk mengeluarkan angin. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan bentukkan menjadi cincin donut. Susun di atas dulang dan biarkan mengembang lagi selama kira-kira 10 minit.
  6. Panaskan minyak menggunakan api sederhana perlahan. Goreng donut sehingga kedua-dua belah bertukar warna perang keemasan. Angkat dan toskan.
  7. Apabila donut masih suam, salutkan dengan gula kastor atau celup ke dalam coklat cair mengikut citarasa. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Mas Intan Masman

Baca juga: Resipi Bebola Donut Yang Gebu & Saiz Comel, Kudapan Paling Senang Nak Buat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN