
Kalau sebut tentang membuat donut di rumah, ramai yang beranggapan perlu menggunakan tepung high protein untuk mendapatkan hasil yang lembut dan gebu. Namun, perkongsian seorang pengguna Facebook membuktikan sebaliknya apabila beliau berjaya menghasilkan donut lembut dan gebu hanya menggunakan tepung gandum biasa.
Apa yang lebih mengejutkan, rahsia kepada tekstur yang sangat lembut itu bukanlah bahan mahal atau teknik menguli yang rumit, tetapi hanya penambahan satu sudu makan cuka ke dalam adunan.
Baca juga: Apam Polkadot Comel & Gebu, Guna Cara Ini Confirm Naik Cantik & Tak Bantat!
RESIPI DONUT LEMBUT DAN GEBU

Bahan A:
- 1 sudu makan yis
- 1 sudu makan susu pekat manis
- 1 sudu makan gula
- 1 cawan air suam
Nota: Gunakan cawan yang sama untuk menyukat tepung.
Bahan B:
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan gula halus
- 1 sudu makan susu pekat manis
- 2 sudu makan marjerin
Bahan C:
Cara-cara penyediaan:
1. Aktifkan Yis
Satukan semua bahan A dan biarkan sehingga campuran berbuih serta mengembang.
2. Campurkan Bahan C
Masukkan semua bahan C ke dalam campuran yis yang telah kembang. Kacau sehingga sebati.
3. Bentukkan Doh
Tuangkan campuran tersebut ke dalam bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
4. Perap Doh
Biarkan doh berehat selama kira-kira 40 minit sehingga saiznya bertambah dan mengembang.
5. Buang Angin
Tekan doh perlahan-lahan untuk mengeluarkan angin sebelum diuli seketika.
6. Bentuk Donat
Bentukkan mengikut saiz yang diingini atau gunakan acuan donat.
7. Rehatkan Sebelum Goreng
Biarkan doh yang telah dibentuk mengembang sekali lagi selama 15 hingga 20 minit.
8. Goreng Hingga Keemasan
Goreng menggunakan api sederhana sehingga donat masak sekata dan berwarna keemasan.
Tips Untuk Hasil Donat Cantik
- Pastikan air yang digunakan suam, bukan panas.
- Yis perlu aktif dan berbuih sebelum digunakan.
- Jangan terlebih uli doh kerana resepi ini memang tidak memerlukan uli yang lama.
- Gunakan api sederhana ketika menggoreng supaya donut masak sekata.
- Biarkan donut mengembang secukupnya sebelum digoreng.
Bagi yang selalu gagal membuat donut atau tidak mempunyai tepung high protein di rumah, resipi ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk dicuba. Dengan hanya beberapa bahan asas dan sedikit cuka, anda boleh menghasilkan donut homemade yang lembut, cantik dan sedap seperti dijual di kedai.
Selamat mencuba!
Sumber: Dhia Nadia
Baca juga: Buat Donat Tanpa Yis Guna Bahan Simple, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














