Jom cuba resipi donut gebu kegemaran ramai ini. Sesuai dibuat pada hujung minggu bersama anak-anak untuk mengisi masa lapang. Bila dah siap buat, boleh makan puas-puas.
Cara membuatnya sangat mudah dan senang kerana hanya perlu menggunakan 5 bahan. Yang paling penting, menjimatkan masa sebab tak perlu rehatkan doh. Bila dah siap uli, boleh terus goreng tak perlu tunggu lama.
Jom lihat cara-cara membuat donut gebu yang merupakan perkongsian oleh Noorazline Ridda di bawah. Semoga bermanfaat!
Campurkan semua bahan dan biarkan campuran yis kembang.
Gaulkan bahan B menggunakan tangan sahaja.
1. Campurkan bahan A dan bahan B. Masukkan campuran air sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih air.
2. Uli menggunakan tangan sehingga tiada adunan melekat pada tangan.
3. Bulat-bulatkan doh menjadi lebih kecil.
4. Buat buat kecil di tengah-tengah menggunakan jari sahaja.
5. Bila dah siap, dah boleh terus goreng.
6. Boleh salut dengan gula atau coklat mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
Kredit: Noorazline Ridda
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…