resepi daging black pepper

Jom cuba resepi daging black pepper yang mudah dan sedap ini. Yang penting, daging tidak keras sebaliknya berjus dan lembut elok!

Kalau nak tahu cara-cara memasaknya, ikut saja langkah demi langkah resipi di bawah. Makan dengan nasi panas, nikmatnya memang lain macam!

Baca juga: Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit, Tetap Lembut & Berjus Walaupun Bukan Batang Pinang!

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Sos black pepper
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang holland/bawang besar merah
  • Halia
  • Cili padi
  • Cili hidup
  • Kicap lemak/kicap manis

Cara-cara:

1. Perapkan ayam dengan sos black pepper dan serbuk lada hitam. Perap selama 15 minit.

resepi daging black pepper

2. Sambil tunggu daging tadi siap diperap, hiriskan bawang, halia, cili padi dan cili hidup.

3. Panaskan kuali, goreng daging dalam sedikit minyak dalam 3 minit. Balik-balikkan daging supaya rata.

4. Kemudian, tuangkan air sehingga daging tenggelam. Biarkan sehingga air kering, tujuannya supaya daging menjadi empuk.

5. Bila air dah kering, minyak tadi akan keluar semula.

6. Tuangkan kicap secukupnya. Gaul sebati.

7. Kemudian perasakan dengan garam dan ajinomoto.

resepi daging black pepper

8. Masukkan bahan hiris tadi, gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi daging black pepper

Kredit: John Ulao Keejin

Baca juga: Resipi Sup Daging Thai ‘Padu’, Masak Tanpa Guna Minyak & Tanpa Tumis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN