resipi cucur

Pasti ramai yang ‘first time’ dengan resipi cucur mi segera ini. Kalau dah biasa buat cekodok pisang atau cucur manis, kali ini jom cuba versi lain yang lebih unik tapi masih mudah dan sedap untuk disediakan di rumah.

Resipi ini memang sesuai untuk yang suka snek simple tapi nak rasa sedikit kelainan. Walaupun guna mi segera sebagai bahan utama, hasilnya tetap rangup di luar dan lembut di dalam.

Menariknya, cucur ini boleh jadi pilihan cepat untuk minum petang atau bila tiba-tiba rasa lapar. Sekali cuba, memang boleh jatuh cinta dengan rasa dia yang ringkas tapi puas hati.

Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Rangup & Tak Berminyak, Rahsianya Kena Guna Tepung ‘Ini!

RESIPI CUCUR MI SEGERA

resipi cucur

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (anggaran 1 cawan)
  • 1 pek mi segera (maggi)
  • Bawang merah (dicincang)
  • Cili merah (dicincang)
  • Kucai (dipotong kecil)
  • Udang atau ikan bilis (ikut suka)
  • Perencah mi segera
  • Air (masukkan sedikit demi sedikit)

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, celur mi segera sekejap hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum bersama perencah mi segera. Gaul rata.
  3. Masukkan bawang merah, cili merah, kucai dan udang atau ikan bilis. Gaul sekali lagi supaya sebati.
  4. Masukkan mi segera yang telah dicelur tadi, kemudian gaul perlahan supaya semua bahan bercampur elok.
  5. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan jadi pekat dan boleh disudu. Jangan terlalu cair.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Sudukan adunan dan goreng hingga keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang panas-panas.

Sumber: Hazliza Dza

Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Rangup, Dah Sejuk Pun Sedapnya Tak Hilang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN