cili sumbat

Cili sumbat atau dikenali sebagai Gochu Twigim yang berasal dari Korea ada peminatnya tersendiri di Malaysia. Hidangan ini menggunakan cili hijau yang disumbat dengan inti ayam berperisa sebelum disalut tepung dan digoreng hingga keemasan.

Apa yang membuatkan resipi ini begitu istimewa ialah gabungan inti ayam yang lembut, cendawan, lobak merah dan daun bawang yang memberikan rasa manis semula jadi serta tekstur yang lebih menarik. Lapisan tepung pula menghasilkan kulit yang rangup, menjadikan setiap gigitan sangat memuaskan.

Kalau anda penggemar makanan Korea atau sedang mencari idea menu yang lain daripada kebiasaan, resipi ini memang wajib dicuba. Lebih sedap jika dimakan panas-panas bersama sos Thai yang dicampur daun bawang dan bijan putih.

Baca juga: Resipi Bayam Banchan, Lauk ‘Side Dish’ Ala Drama Korea Yang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup

RESIPI CILI SUMBAT ALA KOREA (GOCHU TWIGIM)

cili sumbat

Bahan-bahan inti:

  • Isi ayam
  • Lobak merah
  • Daun bawang
  • Cendawan
  • Garlic powder
  • Paprika powder
  • Lada putih
  • Kiub ayam
  • Minyak bijan
  • Kicap cair
  • Tepung ubi kayu

Bahan-bahan lain:

  • Cili solok (dibelah di bahagian tengah, buang biji, bersihkan dan keringkan)

Bahan bancuhan tepung:

  • Tepung jagung
  • Tepung gandum (nisbah 2:1 dengan tepung jagung)
  • Lada putih
  • Air sejuk
  • Sos pencicah
  • Sos thai
  • Daun bawang
  • Bijan putih

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan isi ayam, lobak merah, daun bawang, cendawan, garlic powder, paprika powder, lada putih, kiub ayam, minyak bijan, kicap cair dan tepung ubi kayu ke dalam food processor. Kisar sehingga semua bahan sebati dan menjadi inti yang halus.
  2. Sumbat atau paipkan inti ayam ke dalam setiap cili solok yang telah dibersihkan sehingga penuh.
  3. Satukan tepung jagung, tepung gandum, lada putih dan air sejuk. Kacau sehingga menjadi bancuhan yang sederhana pekat.
  4. Celup setiap cili yang telah disumbat ke dalam bancuhan tepung sehingga bersalut rata.
  5. Panaskan minyak dan goreng cili dengan api sederhana sehingga bertukar warna keemasan dan rangup. Angkat serta toskan minyak.
  6. Campurkan daun bawang yang dihiris dan bijan putih ke dalam sos Thai. Hidangkan cili sumbat bersama sos tersebut ketika masih panas untuk rasa yang lebih sedap dan rangup.

Sumber: Winny Ruslan

Baca juga: Resipi Telur Gulung Ala Korea Yang Lembut & Cantik Berlapis, Anak-Anak Pun Suka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN