chili garlic oil

Chili garlic oil memang antara sos pedas paling popular yang selalu jadi “game changer” dalam banyak hidangan. Tak kira makan mi, nasi goreng atau sup, bila tambah chili garlic oil ini, terus naik aroma dan rasa jadi lebih padu.

Ramai suka buat sendiri di rumah sebab selain jimat, kita juga boleh kawal tahap pedas dan bahan yang digunakan. Lagi-lagi bila guna bawang putih segar dan chili flakes, memang harum satu dapur.

Bila dah ada sebotol chili garlic oil homemade ini di rumah, memang sangat senang untuk digunakan dalam apa sahaja hidangan tanpa perlu pening fikir lauk tambahan. Tak perlu lauk banyak pun, cukup sekadar tambah sedikit sudah boleh buat selera terus terbuka luas.

Baca juga: Rahsia Telur Separuh Masak ‘Perfect’ Macam Kopitiam, Rupanya Mudah Sangat Nak Buat!

RESIPI CHILI GARLIC OIL

chili garlic oil

Bahan-bahan:

  • 1 cawan minyak masak
  • 6–8 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2–3 sudu besar chili flakes
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan api sederhana.
  2. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.
  3. Panaskan perlahan hingga naik bau wangi, tapi jangan sampai minyak berasap.
  4. Dalam mangkuk tahan panas, masukkan bawang putih cincang, chili flakes, garam dan gula.
  5. Bila minyak dah cukup panas dan beraroma, keluarkan bunga lawang dan kayu manis.
  6. Tuangkan minyak panas ke dalam mangkuk bahan kering tadi dengan berhati-hati.
  7. Gaul rata hingga semua bahan sebati.
  8. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum simpan dalam botol bersih.

Sumber: Nor Zuraida

Baca juga: Batuk Sebulan Tak Kebah-Kebah! Lepas Cuba Resipi Air Rebusan Pear Ini, Dada Terus Rasa Lega…

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN