resipi cempedak goreng

Resipi cempedak goreng memang menjadi pilihan ramai apabila musim cempedak tiba. Isi buah yang manis dipadankan dengan salutan tepung yang rangup di luar dan lembut di dalam memang cukup membuka selera. Sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama secawan teh atau kopi panas.

Rahsia menghasilkan cempedak goreng yang sedap sebenarnya terletak pada bancuhan tepung. Gabungan tepung beras dan tepung jagung memberikan tekstur yang lebih rangup, manakala sedikit butter atau marjerin pula menambahkan aroma yang lebih harum ketika digoreng.

Kalau anda sedang mencari resipi yang mudah dengan hasil yang rangup dan kekal garing lebih lama, bolehlah cuba resipi ini. Bahan-bahannya ringkas dan cara penyediaannya juga sangat mudah diikuti.

Baca juga: Resipi Cucur Ubi Kentang Goreng ‘Bulat’ Rangup, Tak Sempat Susun Cantik Atas Pinggan Dah Licin!

RESIPI CEMPEDAK GORENG RANGUP

resipi cempedak goreng

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air sejuk secukupnya
  • 1 sudu makan butter atau marjerin
  • Sedikit air kapur
  • Ulas cempedak secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam sebuah mangkuk, satukan tepung beras, tepung jagung, garam dan serbuk kunyit. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  2. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga mendapat bancuhan yang licin tanpa ketulan.
  3. Masukkan butter atau marjerin ke dalam adunan, kemudian kacau sehingga sebati.
  4. Tambahkan sedikit air kapur dan segera kacau dengan laju supaya warna bancuhan tidak bertukar kemerahan.
  5. Pastikan kepekatan adunan sederhana, iaitu tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair supaya salutan tepung melekat elok pada buah cempedak.
  6. Panaskan minyak dalam kuantiti yang mencukupi sehingga betul-betul panas.
  7. Celupkan setiap ulas cempedak ke dalam bancuhan tepung hingga bersalut rata.
  8. Goreng dalam minyak panas sehingga berwarna kuning keemasan dan rangup. Angkat serta toskan minyak sebelum dihidangkan.

Sumber resipi dan gambar: BellaNasz Nasz

Baca juga: Resipi Roti Sosej Goreng Homemade Yang Lembut & Gebu, Boleh Buat Frozen Untuk Stok Di Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN