cekodok kembung

Kalau asyik buat pisang goreng atau cucur biasa untuk minum petang, kali ini cuba pula cekodok kembung yang sedang ramai orang puji sebab teksturnya lembut di dalam dan naik cantik bila digoreng. Walaupun bahan yang digunakan sangat ringkas, hasilnya memang buat ramai ketagih.

Menariknya, resipi ini dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang dipelajari dengan penjual dari Indonesia. Difahahamkan, resipi ini merupakan sebagai menu jualan harian di gerainya. Penggunaan yis segera dan tempoh perapan yang cukup supaya adunan lebih ringan dan gebu.

Sesuai sangat dibuat ketika hujung minggu atau bila tiba-tiba teringin nak makan sesuatu yang panas-panas bersama teh atau kopi. Jom cuba resipi mudah ini, confirm seisi rumah makan sampai berebut!

Baca juga: Resipi Cucur Ubi Kentang Goreng ‘Bulat’ Rangup, Tak Sempat Susun Cantik Atas Pinggan Dah Licin!

RESIPI CEKODOK KEMBUNG LEMBUT DI DALAM & KEMBUNG CANTIK

cekodok kembung

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 2 cubit garam
  • 1 sudu kecil yis segera
  • ½ cawan air (tambah sedikit lagi jika adunan terlalu pekat)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung gandum, gula, garam dan yis segera ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil menggaul sehingga semua bahan sebati dan menjadi adunan yang pekat.
  3. Tutup mangkuk dan perap adunan selama 20 hingga 30 minit supaya yis aktif dan adunan mengembang.
  4. Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana.
  5. Ambil sedikit adunan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam minyak panas.
  6. Goreng sehingga cekodok bertukar warna keemasan dan masak sekata.
  7. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

Sumber: Jaley Ann

Baca juga: Resepi Cucur Rangup Guna Cendawan Enoki, Rasa Tempura Versi Kampung & Tak Berketul

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN