Categories: Resipi

Caramel Butter Toast 5 Minit Je Boleh Ngap, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam

Resipi caramel butter toast ini sesuai untuk sarapan yang manis, lemak dan sedikit garing. Hanya menggunakan 4 bahan, hidangan ini boleh disiapkan dalam masa 5 minit sahaja.

Sapuan mentega dan gula yang dimasak atas kuali menghasilkan permukaan roti yang keperangan, garing dan sedikit karamel. Ditambah pula dengan keju yang cair di tengah, gabungan rasa manis dan masin ini memang buat setiap gigitan terasa lebih sedap.

Hidangkan ketika masih panas bersama secawan kopi atau teh panas untuk sarapan yang ringkas tetapi mengenyangkan. Sesuai juga dijadikan kudapan petang apabila teringin sesuatu yang manis!

Baca juga: Resipi Caramel Cornflakes ‘Ketagih’, Sekali Ngap Tak Cukup Sebekas!

RESIPI CARAMEL BUTTER TOAST

Bahan-bahan: 

  • 2 tbsp mentega
  • 1 tbsp gula putih
  • 4 keping roti
  • 2 keping cheese slice

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan mentega dan gula mengikut sukatan yang diberikan. Gaul sehingga sebati.
  2. Potong bahagian tepi kulit roti, kemudian sapukan campuran mentega dan gula pada sekeping roti.
  3. Panaskan kuali dan letakkan roti yang telah disapu campuran mentega gula. Letakkan sekeping keju di atasnya, kemudian tutup dengan sekeping lagi roti.
  4. Masak sehingga bahagian bawah roti bertukar perang. Terbalikkan dan masak sehingga kedua-dua bahagian menjadi garing dan perang.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: @icha.rhahima

Baca juga: Resepi Pisang Caramel & Nutella Toast, Coklatnya Yang Cair Di Mulut Pasti Ramai Terliur

Izzati

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

10 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

11 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

12 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago