Categories: Resipi

Resipi Ayam Goreng Ini Lagi Senang & Sedap, Tak Payah Salut Tepung Basah & Tepung Kering!

Kalau nak goreng ayam rangup, tapi rasa renyah nak sediakan tepung basah dan tepung kering berasingan, boleh cuba cara yang lebih mudah ini. Tak perlu proses salut ayam berkali-kali, cuma gaulkan semua bahan perapan dalam satu bekas sebelum terus digoreng.

Ayam digaul bersama bawang putih, jintan dan ketumbar yang ditumbuk, kemudian ditambah garam serta serbuk kunyit. Sedikit tepung goreng ayam atau tepung jagung pula digunakan supaya bahan tumbuk tadi melekat elok pada ayam ketika digoreng.

Cara ini sesuai untuk yang nak sediakan ayam goreng dengan cepat tanpa dapur jadi terlalu bersepah. Hasilnya pula ayam tetap berwarna keemasan, beraroma rempah dan ada rasa rangup di bahagian luar.

Baca juga: Resipi Ayam Kicap Ini Nampak Mudah, Tapi Rupanya Ada Petua Yang Buat Kuahnya Lagi Sedap

CARA GORENG AYAM RANGUP TANPA TEPUNG BASAH & TEPUNG KERING

Bahan-bahan:

  • Ayam secukupnya
  • Bawang putih
  • Jintan
  • Ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sedikit tepung goreng ayam atau tepung jagung
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih bersama jintan dan ketumbar sehingga lumat atau mengikut tekstur yang disukai.
  2. Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam bekas.
  3. Masukkan bahan tumbuk, garam dan serbuk kunyit. Gaul sehingga semua bahan sebati dan ayam bersalut rata.
  4. Tambahkan sedikit tepung goreng ayam atau tepung jagung. Gaul lagi supaya bahan tumbuk melekat pada permukaan ayam. Tak perlu letak terlalu banyak tepung kerana ia bukan untuk membuat salutan tebal.
  5. Jika ada masa, perap ayam seketika supaya bahan perapan lebih sebati.
  6. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali menggunakan api sederhana.
  7. Masukkan ayam dan goreng sehingga keemasan serta masak sepenuhnya.
  8. Angkat ayam dan toskan minyak.
  9. Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan lauk pilihan.

Sumber: Thread @marshifah

Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

10 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

11 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

12 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

13 hours ago