Resipi caramel butter toast ini sesuai untuk sarapan yang manis, lemak dan sedikit garing. Hanya menggunakan 4 bahan, hidangan ini boleh disiapkan dalam masa 5 minit sahaja.
Sapuan mentega dan gula yang dimasak atas kuali menghasilkan permukaan roti yang keperangan, garing dan sedikit karamel. Ditambah pula dengan keju yang cair di tengah, gabungan rasa manis dan masin ini memang buat setiap gigitan terasa lebih sedap.
Hidangkan ketika masih panas bersama secawan kopi atau teh panas untuk sarapan yang ringkas tetapi mengenyangkan. Sesuai juga dijadikan kudapan petang apabila teringin sesuatu yang manis!
Baca juga: Resipi Caramel Cornflakes ‘Ketagih’, Sekali Ngap Tak Cukup Sebekas!
RESIPI CARAMEL BUTTER TOAST
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
- Campurkan mentega dan gula mengikut sukatan yang diberikan. Gaul sehingga sebati.
- Potong bahagian tepi kulit roti, kemudian sapukan campuran mentega dan gula pada sekeping roti.
- Panaskan kuali dan letakkan roti yang telah disapu campuran mentega gula. Letakkan sekeping keju di atasnya, kemudian tutup dengan sekeping lagi roti.
- Masak sehingga bahagian bawah roti bertukar perang. Terbalikkan dan masak sehingga kedua-dua bahagian menjadi garing dan perang.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati!
Sumber: @icha.rhahima
Baca juga: Resepi Pisang Caramel & Nutella Toast, Coklatnya Yang Cair Di Mulut Pasti Ramai Terliur
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

