Categories: Resipi

Cara Buat Cakoi Lembut & Bersarang Cantik Macam Gerai, Ini Resipi Menjadi Yang Ramai Dah Cuba!

Kadang-kadang teringin nak makan cakoi panas-panas tanpa perlu keluar rumah, jadi mulalah mencari resipi cakoi lembut untuk cuba sendiri. Tapi bila buat, hasilnya tak seperti yang dibayangkan. Tekstur jadi padat, kurang kembang dan tak ada sarang besar macam yang dijual di gerai.

Sebenarnya, nak hasilkan cakoi yang lembut dan gebu ada tekniknya. Dari cara bancuhan doh, masa rehat, sampailah ke suhu minyak, semuanya memainkan peranan penting untuk dapatkan hasil yang cantik dan menjadi.

Resipi ini antara yang ramai kata menjadi, dengan tekstur cakoi yang ringan, bersarang dan rangup di luar. Kalau ikut langkah dan tip dengan betul, insyaAllah boleh dapat hasil yang hampir sama macam cakoi gerai kegemaran.

Baca juga: Resipi Aiskrim Goreng Tanpa Acuan Khas, Tetap Kemas & Tak Mudah Terbuka!

RESIPI CAKOI LEMBUT DAN BERSARANG

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung roti
  • 1/4 camca teh yis segera
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat
  • 1 camca besar minyak (contoh: Mazola)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam satu bekas, masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau sehingga semua bahan larut dan sebati.
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung roti, yis segera dan soda bikarbonat. Gaul kering terlebih dahulu, kemudian buat lubang di tengah adunan.
  3. Tuangkan campuran air tadi ke dalam lubang tersebut. Gaul hingga menjadi adunan, kemudian uli sehingga sebati.
  4. Pindahkan doh ke atas permukaan yang ditabur sedikit tepung. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan bentukkan memanjang (lebih kurang 40 cm). Tutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam untuk proses pengembangan.
  6. Tip: Letakkan doh berhampiran peti ais (bukan dalam) supaya suhu sedikit suam, ini bantu doh naik dengan lebih baik.
  7. Selepas 1 jam, tekan doh dan ratakan sedikit. Potong kepada kepingan kecil (lebih kurang 1 cm tebal dan 2 cm panjang).
  8. Susun dua kepingan doh dan tindihkan. Tekan bahagian tengah supaya melekat.
  9. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  10. Ambil doh yang telah dicantum, tarik sedikit memanjang (boleh guna chopstick untuk bantu), kemudian goreng dalam minyak panas. Goreng sehingga keemasan. Balikkan apabila cakoi mula terapung supaya ia kembang dengan sekata.

Sumber: Rozita Abdullah

Baca juga: Mudah Saja Cara Buat Dumpling Ayam Homemade, Kukus Sedap Goreng Pun Layan!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago