
Resepi dumpling ayam ini memang sesuai dijadikan hidangan ringkas sama ada untuk sarapan, minum petang atau sebagai snek keluarga. Dumpling goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam, dicicah pula dengan sos kegemaran, memang cukup menyelerakan,
Menariknya, dumpling ayam ini boleh disediakan lebih awal dalam kuantiti banyak dan disimpan di dalam freezer. Bila teringin, hanya perlu goreng, kukus atau masukkan ke dalam sup. Sangat ssuai untuk mereka yang sibuk dan mahu stok makanan segera di rumah.
Dumpling ayam homemade ini menggunakan bahan yang ringkas dan cara penyediaan yang mudah. Walaupun rasanya mungkin tidak setanding dumpling di restoran, ia sudah cukup sedap untuk santapan keluarga dan lebih jimat kos.
Baca juga: Cara Buat Mee Wantan Kicap & Dumpling Sup, Resipi Lengkap Dengan Bahan Sampingan Lain!
RESEPI DUMPLING AYAM GUNA BAHAN RINGKAS DAN MUDAH

Bahan-bahan:
- 2 paket kulit wantan segera (kulit dumpling bentuk bulat)
- 600 gram isi ayam (anggaran)
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung jagung
- 2 sudu makan serbuk lada hitam atau lada putih
- 2 sudu makan serbuk perasa
- 2 sudu makan minyak bijan (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam food processor kecuali kulit wantan. Kisar sehingga inti ayam menjadi halus dan sebati.
- Ambil sedikit inti dan letakkan di atas kulit wantan. Bentukkan dumpling mengikut kreativiti sendiri. Jika kurang pasti, boleh rujuk video di YouTube sebagai panduan.
- Ulang proses sehingga semua inti habis. Dumpling ini boleh terus digoreng, dikukus atau disimpan di dalam freezer untuk kegunaan kemudian.
Sumber: Shima Uci
Baca juga: Cara Buat Dumpling Homemade Sedap, Lagi Puas Makan Dari Kat Kedai
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














