Pernah tak rasa ‘geram’ tengok candy wall yang cantik-cantik dekat majlis hari jadi atau perkahwinan, tapi bila tanya harga sewa, terus rasa macam nak luruh jantung? Memang cantik tapi kalau boleh jimat, kenapa nak berhabis, kan? Sebenarnya, nak buat dinding gula-gula atau DIY candy wall ini taklah sesusah yang kita sangka.
Zaman sekarang semuanya di hujung jari saja. Sambil baring atas katil pun anda boleh “shopping” barang-barang dekorasi yang murah dan berkualiti. Yang paling penting, bila kita buat sendiri (DIY), kita boleh tentukan tema warna, jenis jajan yang kita suka dan paling puas hati bila tetamu puji hasil tangan kita sendiri. Memang rasa macam pro event planner!
Kali ini, MyResipi nak kongsi rahsia macam mana anda boleh hasilkan satu candy wall yang nampak mewah tapi sebenarnya sangat mesra poket. Modal tak besar, tapi impaknya memang “letup” untuk gambar Instagram anda nanti. Jom kita tengok apa barang yang perlu dibeli dan macam mana cara nak pasangnya!
Baca juga: Tips Hias Dessert Table Cantik, Kreatif & ‘Instagrammable’, Sesuai Untuk Semua Majlis
Ini antara barang-baran yang diperlukan untuk membuat ‘candy wall’, beli di atas talian saja!
1. Papan Backdrop (Arch Board)
Boleh didapati di kedai yang dinyatakan di dalam gambar di bawah. Anda disarankan untuk membeli papan kosong jenis arch (melengkung) atau petak mengikut kesesuaian ruang majlis. Saiz yang paling ideal selalunya adalah 3 kaki x 6 kaki.
2. Cat Kayu/Dinding
Pilih warna yang sesuaidengan tema majlis anda. Proses mengecat sendiri adalah lebih ekonomik berbanding membeli papan yang sudah siap dicat.
3. Cangkuk Dinding Kayu (Wall Mounted Hook)
Untuk menggantung bekas manisan, anda boleh mendapatkan cangkuk kayu daripada kedai yang dinyatakan di dalam gambar di bawah. Biasnaya, skru dibekalkan sekali, namun anda boleh mendapatkan saiz skru yang lebih pendek di kedai perkakasan sekiranya perlu.
4. Bekas Untuk Jajan
Kedai ini menawarkan pelbagai pilihan bekas yang menarik. Penggunaan bakul jenis Imitation Synthetic Rattan amat disyorkan bagi mereka yang inginkan gaya yang lebih klasik.
5. Custom Nama Brand/Majlis
Untuk nampak yang lebih profesional, anda boleh menempah nama kustom (seperti nama majlis atau individu) di kedai ini. Barulah candy wall akan nampak eksklusif macam upah event planner mahal!
Langkah-langkah membuat Candy Wall:
Sumber: Lemon8
Baca juga: 5 Cara DIY Dari Kotak Telur Terpakai, Rupanya Boleh Guna Buat Alas Periuk Juga
Kalau anda aktif di TikTok atau Instagram, pasti pernah ternampak pelbagai menu berasaskan Pistachio Dubai…
Resipi kek marble antara resipi kek klasik yang tidak pernah hilang popularitinya. Teksturnya yang lembut,…
Maggi goreng carbonara sambal hijau kini menjadi antara resepi viral yang semakin popular. Gabungan rasa…
Produk baharu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet Bilis sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila usahawan…
Kalau sedang mencari idea menu menggunakan sardin tin, apa kata jom cuba resepi sardin telur…
Ikan sepat masin merupakan antara lauk kampung yang ramai peminat kerana rasanya yang masin, rangup…