Categories: Resipi

Resipi Bubur Kacang Hijau Orang Kawin, Letak Durian Bertambah Sedap!

Setiap kali pergi kenduri kawin, mesti wajib makan bubur kacang. Bubur kacang hijau ini diibaratkan ‘pelengkap’ setiap kenduri kawin. Tiba-tiba rasa rindu pulak nak makan.

Bubur kacang ni boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang dicampur dengan durian! Yang kosong pun dah sedap, apatah lagi jika ditambah dengan durian.

Memang ngam sangat sekarang pun tengah musim durian, bolehlah buat bubur kacang hijau durian yang marvelous! Anda boleh cuba buat nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsikan oleh Aisyah Humaira di bawah.

CARA BUAT BUBUR KACANG HIJAU ORANG KAWIN

Bahan-bahan:

  • 2 cawan teh kacang hijau
  • 1 ½ ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula putih atau mengikut manis disukai
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 kotak kecil santan SAJI (lebihkan lagi sedap)
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 4 keping hirisan halia
  • Air secukupnya mengikut pekat atau cair kuah yg disukai dan masukkan durian jika suka

Cara-cara penyediaanya:

  1. Kacang hijau cuci macam basuh beras dan rendam semalaman (seeloknya rendam sebelum tidur, esok dah b0leh masak).
  2. Rebus kacang hijau sehingga empuk. Setelah kacang lembut tapis buang airnya.
  3. Dalam periuk, masukkan semua bahan-bahan diatas termasuk kacang yang telah direbus.

  4. Kacau rata dan reneh dengan api sedang. Kacau sekali sekala setelah semua sebati.

  5. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Aisyah Humaira

Baca juga: Mudahnya Nak Buat Bubur Jagung ‘Creamy’, Guna Jagung Tin Je!

Nasiha

Recent Posts

Cara Masak Nasi Kuning Terengganu, Resipi Lengkap Dengan Lauk Sampingan Lain

Selain dari nasi kuning Sabah, resepi nasi kuning Terengganu juga menjadi salah satu hidangan yang…

1 hour ago

Alamak, Pembeli Terkejut Ada Katak Dalam Lemang, Kecewa Bila Nak Makan!

Semasa musim perayaan, salah satu hidangan yang paling dinantikan adalah lemang. Namun, apa yang berlaku…

2 hours ago

Mini Mantou Nugget Burger, Sarapan Comel Untuk Anak Ke Sekolah

Anda pernah dengar tentang Mini Mantou Nugget Burger? Ia merupakan burger bersaiz mini yang menggunakan…

3 hours ago

Kek Pisang ‘Moist’ Versi Bakar, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan

Entri kali ini, MyResipi ingin berkongsikan resepi kek pisang bakar yang tak jemu dimakan dan…

3 days ago

6 Resipi Sarapan Bayi, Sesuai Untuk Ibu Yang Bekerja

Ibu-ibu di luar sana pasti ada masa tidak sempat untuk memikirkan resipi sarapan pagi untuk…

3 days ago

Ayam Goreng Ala Mamak, Tips Rasa Sebijik Macam Di Kedai!

Kalau singgah mamak, tak sah kalau tak ambil ayam goreng berempah kan? Ayam goreng ala…

3 days ago