Categories: Resipi

Resipi Bubur Bunga Kembang Setaman Yang Indah

 

Pernah rasa bubur bunga kembang setaman? Bila tengok rasa sayang je nak makan. Comel-comel pulak tu. Kalau boleh nak simpan bunga tu sebagai hiasan je.

Bila tengok gambar pon rasa geram sebab comel dengan warna putih-putih bersih tu siapa je tak geram kan.Kalau nak tengok kecomelan bunga-bunga tu meh la cuba resipi ni. Nanti boleh jadikan menu hidangan petang ataupun pencuci mulut untuk tetamu.

Resipi Bubur Bunga Kembang Setaman Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan doh:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • Pewarna
  • Air untuk rebus
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan

(kalau nak buat sikit, guna cawan kecik je untuk sukatan)

Bahan-bahan kuah:

  • 1 kotak santan kara
  • Air secukupnya
  • Sehelai daun pandan
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Uli tepung pulut,tepung gandum & air sampai jadi doh. Asingkan dan warnakan. Kemudian bentukkan saiz bunga kecil-kecil.
  2. Panaskan air dalam periuk, letak daun pandan dan sedikit garam. Bila air menggelegak masukkan bunga satu per satu. Bila timbul,angkat dan masukkan dalam air sejuk/air ais.
  3. Di dalam periuk,masukkan air,gula,daun pandan & garam. Sukatan air mengikut kuah yang kita nak. Masak air sehingga menggelegak dan gula hancur.
  4. Kemudian, kecilkan api.
  5. Masukkan santan. Kacau rata. Kemudian masukkan bunga yang dah disejat.
  6. Renehkan dengan api perlahan.Kacau sekali sekala.Siap dan boleh dihidang.Makan panas-panas pon boleh sejuk pon boleh.

Kredit: Che Fyqah

Baca juga:

Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijua

Fatin

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

14 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

14 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

14 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

15 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

15 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

19 hours ago