resipi brownies paling mudah

Buat bukan penggemar manis jom cuba buat resipi brownies paling mudah dan kurang manis ini.

Kalau beli di kedai, susah nak jumpa kek yang kurang manis. Nak mudah, buat sendiri saja di rumah. Boleh adjust sukatan gula mengikut selera masing-masing.

Baca juga: Cara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven, Masak Guna Dapur Gas Je

Resipi Brownies Paling Mudah Kurang Manis

resipi brownies paling mudah

Bahan A:

  • 50g butter (salted butter Anchor)
  • 50g minyak masak
  • 150g dark chocolate coin/bar

Bahan B:

  • 2 biji telur gred A atau B
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 140g gula perang halus atau kalau guna dark molases sugar lebih sedap senab dia lemak manis yang rasanya kurang manis

Bahan C:

  • 100g tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • 25g serbuk koko

Cara-cara:

1. Cairkan bahan A  dalam microwave 1 minit atau double boil. Dah cair kacau-kacau sebati, letak tepi dulu.

2. Masukkan bahan B ke dalam basin. Kacau rata sehingga sebati saja semua bahan2 di atas. Agak-agak gula dah larut, berhenti mengacau.

3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Gaul rata sehingga sebati saja.

4. Ayakkan semua bahan C. Masukkan bahan C ke dalam adunan bahan A dan B tadi. Gaul sebati. Hasil adunan akan menjadi likat.

5. Nak lagi sedap, cincang coklat bar dan gaul ke dalam adunan sekali. Bila gigit brownies, coklat akan mencair.

6. Sapu butter pada loyang 8×8 inci dan lapik dengan kertas pembakar. Tuangkan adunan.

resipi brownies paling mudah

7. Masukkan adunan ke dalam oven dan bakar selama 30 hingga 35 minit pada suhu 170⁰C. Jangan terlebih masak, nanti kering.

resipi brownies paling mudah

Selamat mencuba!

Kredit: Shida Razak KC

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN