Categories: Resipi

Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!

Bila tiba bulan Ramadan, kita pasti akan mula memikirkan biskut raya apa yang mahu dibuat untuk Hari Raya. Salah satu biskut raya yang sentiasa menjadi kegemaran ramai adalah biskut makmur susu.

Bukan setakat orang dewasa, kanak-kanak pun suka sebab biskut ini sangat sedap dan cair di mulut. Makan satu biji confirm tak cukup punya!

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri, boleh ikutI resipi mudah guna sukatan cawan yang dikongsikan oleh Saudari Nora Afida di bawah.

RESIPI BISKUT MAKMUR SUSU GEBU

BAHAN DOH BISKUT MAKMUR GEBU:

  • 4 cawan tepung gandum (disangai hingga naik bau)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu tepung (tak kisah jenama apa)
  • 3 sudu besar buttercup/minyak sapi (cairkan dan sejukkan)
  • Minyak jagung secukupnya

BAHAN INTI BISKUT MAKMUR:

  • 500 gm kacang tanah (sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk)
  • Minyak jagung secukupnya

CARA BUAT BISKUT MAKMUR GEBU CAIR DI MULUT:

  1. Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
  2. Campurkan tepung gandum bersama gula kastor, butter/minyak sapi yang sudah dicairkan (pastikan dah sejuk), susu tepung. Gaul rata.
  3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dalam adunan sehingga adunan boleh digentel dengan cantik.
  4. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
  5. Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
  6. Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.
  7. Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
  8. Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.
  9. Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.
  10. Golekkan biskut makmur ke dalam gula icing.
  11. Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.

Kredit: Nora Afida

Baca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

7 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

7 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

8 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

10 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

10 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

11 hours ago