bingka kelapa

Kuih bingka kelapa merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat sedap. Rasa lemak manis kelapa dan santan serta bau haruman kuih ini ketika dibakar sangat membuka selera.

Tapi sekarang susah nak jumpa orang jual, terutamanya jika tinggal di bandar-bandar besar. Mungkin tiada yang pakar membuatnya.

Kalau terasa nak makan kuih bingka kelapa ni, saudari Nor Khomariah Norrohman ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!

RESIPI KUIH BINGKA KELAPA

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 3 cawan kelapa parut (kelapa putih)
  • 5 sudu makan gula – jumlah bergantung pada tahap kemanisan masing-masing
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Air secukupnya- jangan banyak sangat. tengok keadaan adunan

Cara memasak:

1. Satukan tepung pulut, kelapa parut, gula dan garam. Gaul sebati.

2. Pecahkan telur dalam bekas lain dan barulah dimasukkan ke dalam adunan kelapa. Gaul rata.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Pastikan parutan kelapa masih bioleh dilihan bila diadun.

4. Rasa sikit adunan bagi uji tahap kemanisan kuih. Ubah suai rasa ikut cita rasa masing-masing.

5. Ambil acuan kuih cara, sapu minyak pada acuan.

6. Sudukan adunan ke dalam acuan. Masak atas dapur guna api sederhana.

7. Bila adunan sudah mengeras dan garing di bahagian bawah, alihkan dan sambung bakar di dalam ketuhar atau air fryer. (empunya resipi bakar guna air fryer)

8. Bakar pada suhu 180C salaam 5 minit atau hingga bahagian atas garing.

bingka kelapa

9. Kuih Bingka Kelapa ini sedap dimakan panas-panas.

bingka kelapa

Kredit resipi & foto: Nor Khomariah Norrohman

Baca juga: Cara Buat Kuih Bakar Pandan Guna Sukatan Mangkuk, Kuih Tradisi Melaka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN