Categories: Resipi

Resipi Bihun Sup Tumis Kuah Berempah & Pedas, Kalau Pagi Hujan Memang ‘Ngam’ Makan!

Bihun sup tumis sesuai dijadikan sarapan ketika hujan, terutama apabila teringin menikmati hidangan berkuah panas. Rasa masam dan sedikit pedas menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan untuk memulakan pagi.

Resipi ini sesuai untuk anda yang mahukan sarapan mengenyangkan tanpa perlu bersusah payah di dapur. Malah, tambahan daging atau ayam, telur dan sayur-sayuran akan menjadikan hidangan ini lebih lengkap.

Anda juga boleh mengubah suai bahan mengikut stok yang ada di rumah. Semangkuk bihun sup tumis yang panas memang sesuai dinikmati ketika cuaca sejuk!

Baca juga: Cara Buat Bihun Sup Dengan Sambal Kicap ‘Power’, Ringkas Tapi Sedapnya Tak Terkata!

RESIPI BIHUN SUP TUMIS

Bahan-bahan:

  • 4–5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang cili padi
  • Daging atau ayam, dipotong kecil
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Bihun secukupnya
  • 2 helai daun limau purut (jika ada)
  • 2 sudu kecil serbuk perasa atau stok ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 biji telur
  • Kubis bunga, lobak merah, batang sawi dan daun sawi secukupnya
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Panaskan minyak di dalam periuk, kemudian tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Ketuk sedikit cili padi dan masukkan ke dalam periuk. Tumis bersama bahan tadi hingga sebati.
  3. Masukkan daging atau ayam yang telah dipotong kecil. Tambahkan air secukupnya dan tutup periuk supaya daging atau ayam lebih cepat empuk.
  4. Setelah daging atau ayam empuk, masukkan bihun dan tambah air mengikut jumlah kuah yang diingini. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan daun limau purut jika ada. Perasakan dengan serbuk perasa atau stok ayam dan garam. Kemudian, masukkan sos tomato dan biarkan kuah mendidih seketika.
  6. Masukkan sayur yang lebih keras terlebih dahulu, seperti kubis bunga, lobak merah dan batang sawi. Pecahkan telur ke dalam periuk dan biarkan hingga masak.
  7. Akhir sekali, masukkan daun sawi dan tambah air jika perlu untuk mendapatkan kuah yang lebih banyak. Biarkan seketika sehingga sayur masak, kemudian tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threads @nurulhudasaleh

Baca juga: Bihun Sup Ayam Lembut Bersama Sambal Merah & Sambal Kicap, Menu Power Pengganti Nasi Hari Ini

Izzati

Recent Posts

Resipi Wrap Ayam Homemade, Buat Sendiri Puas Hati Boleh Letak Inti Penuh-Penuh!

Resepi wrap ayam ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan hidangan ringkas tetapi tetap mengenyangkan. Intinya…

46 minutes ago

Resipi Brownies Anti-Gagal, Ini Rahsia Permukaan Berkedut Cantik & Tak Mudah Terkoyak!

Resepi brownies kedut ini sesuai dicuba bagi yang suka brownies coklat dengan permukaan berkedut nipis,…

54 minutes ago

Resipi Sayur Bening Betik, Isi Masak Lembut Elok & Kuah Sedap Hirup Panas-Panas!

Sayur bening betik antara hidangan kampung yang menggunakan betik mengkal, iaitu betik yang belum masak…

60 minutes ago

Resipi Kurma Ayam Telur Rebus, Sekali Masak Terus Dapat Dua Lauk Dalam Satu Hidangan!

Resepi kurma ayam antara pilihan lauk yang selalu menjadi penyelamat apabila buntu memikirkan menu untuk…

1 hour ago

Resipi ‘Jemput Malas’ Cara Mudah, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Hasilnya Buat Satu Famili Berebut!

Bila terasa lapar pada waktu petang, memang seronok kalau dapat makan jemput malas yang baru…

2 hours ago

Tak Perlu Garam Atau Perasa Tambahan, Ini Resipi Laksa Lemak Berasaskan Ikan Segar Untuk Si Kecil

Resepi laksa lemak ini boleh dijadikan inspirasi hidangan untuk si kecil, khususnya bayi yang sudah…

2 hours ago