Siapa yang jenis selalu ‘kuis’ sayur dalam mihun goreng ke tepi pinggan tu, angkat tangan cepat! Haha. Yang jenis tak suka makan sayur, jom buat bihun goreng budak sekolah ni.
Apabila sesi baru persekolahan sudah dibuka nanti, ibu-ibu boleh masak sebagai bekal kepada anak-anak. Pasti mereka makan berselera.
Kalau nak cepat dan malas nak membazir sayur sebab nanti akan ‘terbuang’ juga, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris ini.
1. Kisar bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan 2 atau 3 sudu cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan 2 sudu besar sos cili, 1 atau 2 sudu besar sos tiram dan 3 sudu besar kicap. Kacau sehingga sebati.
4. Letakkan 1 sudu besar gula.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa.
6. Ketepikan sos tumisan, masukkan 3 biji telur.
7. Jangan kacau, biarkan sekejap.
8. Akhir sekali masuk 1 bungkus bihun. Kacau hingga sebati.
9. Hasilnya apabila semua bahan sudah mesra.
Selamat mencuba!
Kredit: Liza Idris
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…