resipi bawal 3 rasa

Ada hari-hari tertentu, kita teringin nak masak sesuatu yang nampak mewah tapi sebenarnya sangat mudah disediakan seperti resipi Bawal 3 Rasa yang digemari ramai.

Jika anda suka lauk bergoreng tapi ada kuah pekat yang wangi dan membuka selera, ikut resipi Bawal 3 Rasa yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Bawal Sweet Sour Mudah Teramat, Nampak Ringkas Tapi Rasa Meriah!

RESIPI BAWAL 3 RASA

resipi bawal 3 rasa

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal (dibersihkan)
  • Sedikit kunyit
  • Garam
  • Serbuk perasa (pilihan)

Bahan tumbuk halus:

  • 2 batang serai (dihiris nipis)
  • 1 inci halia
  • Beberapa ulas bawang putih

Bahan potong dadu:

  • 1 labu bawang besar
  • Lada benggala merah, hijau dan kuning
  • Cili kering (dikisar)

Bahan tambahan:

  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Gula
  • Sos tiram
  • Garam
  • Serbuk perasa (pilihan)

Cara-cara masak:

  1. Gaulkan ikan dengan kunyit, garam dan sedikit serbuk perasa, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan bawal sampai garing, angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau.
  4. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata.
  5. Tambahkan sos cili, sos tomato dan sos tiram mengikut citarasa.
  6. Masukkan bawang besar dan lada benggala.
  7. Perasakan dengan gula, garam dan sedikit serbuk perasa.
  8. Masak sampai kuah menjadi pekat dan berkilat.
  9. Curahkan sos pekat ini ke atas ikan bawal yang sudah digoreng.
  10. Untuk aroma tambahan, taburkan hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Yayar B. Awang Noh

Baca juga: Bawal Masak Stim Simple, Menu Orang Baru Kahwin Ini Buat Suami Puji Berbakul

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN