resepi bakso daging

Kalau anda tengah cari resepi bakso daging yang sedap dan kenyal, wajib cuba resipi yang dikongsikan ini.

Dengan bakso daging homemade, anda boleh kawal rasa, tekstur dan kualiti sendiri. Tak perlu risau beli di luar dan lebih puas hati bila hasil tangan sendiri.

Anda boleh hidang untuk keluarga dan tetamu. Boleh juga buat stok awal supaya bila-bila masa boleh nikmati sup panas dengan bebola daging yang kenyal.

Baca juga: Resipi Mi Rebus Johor Kuah Pekat, Hidang Untuk Rumah Terbuka Confirm Tetamu Puji

RESEPI BAKSO DAGING

resepi bakso daging

Bahan bebola bakso:

  • 300g bawang holland
  • 50g bawang putih
  • 1kg daging kisar atau isi ayam
  • 250g ais batu (kurangkan jika adunan sudah lembut)
  • 250g tepung ubi
  • 30g perasa
  • 30g garam
  • 6g lada sulah
  • 6g lada hitam

Bahan kuah bakso:

  • Sedikit tulang atau daging (untuk bagi rasa lebih sedap)
  • 1 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 biji buah keras
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Daun bawang (untuk taburan)

Cara buat bebola bakso:

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang Holland dan bawang putih hingga garing tetapi jangan sampai hangit. Setelah siap, kisar bahan tumisan tersebut hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam pengisar bersama daging atau isi ayam dan semua bahan kering. Kisar hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan ais batu dan kisar lagi sehingga adunan menjadi lembut dan kenyal. Jika masih ada ais yang berketul, keluarkan lebihan tersebut.
  4. Simpan adunan dalam chiller selama 2 jam untuk proses mengeluarkan angin dan memantapkan tekstur.
  5. Didihkan air dalam periuk. Bentukkan adunan menjadi bebola dan masukkan ke dalam air mendidih. Rebus sehingga bebola timbul dan masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.

Cara buat kuah bakso:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan buah keras hingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan air secukupnya bersama tulang atau daging. Biarkan mendidih supaya keluar rasa manis air daging.
  4. Perasakan dengan garam, perasa dan lada sulah mengikut selera. Renehkan seketika hingga kuah jadi lebih pekat dan berempah.

Cara hidang:

  1. Masukkan bebola bakso ke dalam mangkuk, tuang kuah panas dan taburkan daun bawang.
  2. Boleh hidang bersama mi kuning, bihun atau kuey teow. Lagi sedap kalau tambah sambal kicap!

Sumber: Musa’s Mum

Baca juga: Resipi Lontong Kuah Lodeh Yang Meriah Isi & Tak Cepat Basi, Pekat Begini Barulah Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN