Categories: Resipi

Resipi Baby Cakoi & Baby Donut Yang Lembut Sampai Ke Malam

 

Petang-petang teringin nak makan kuih yang gebu dan lembut seperti baby cakoi. Makan panas-panas lepas goreng lagi ngam.

Nak keluar beli malas pula kan, haa apa kata jom buat sendiri kuih kat rumah. Sekali buat dapat banyak, puas hati makan. Jimat pun jimat!

Jom cuba resipi baby cakoi dan baby donut yang dikongsi oleh Missz Amira di bawah.

RESIPI BABY CAKOI & BABY DONUT

Langkah 1:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sb marjerin/mentega/butter
  • 1 sk garam

Cara-cara:

1. Campur semua bahan dan gaul sampai menjadi serbuk roti (macam dalam gambar).

Langkah 2:

  • 1 cawan air suam
  • 2 sb susu pekat
  • Gula 1 sb
  • 1 biji telur
  • 1 sb yis

Cara-cara:

1. Campur semua dan kacau sebati. Kemudian terus masukkan ke dalam tepung tadi.

Langkah 3:

1. Uli sampai sebati macam dalam gambar. Doh memang sedikit lembut, tapi bila dah kembang akan lebih gebu dan senang untuk dibentuk.

2. Biarkan doh naik kembang 2 kali ganda dari asal (dalam masa 30 minit hingga 1 jam mengikut cuaca, yis, doh).

3. Bila dah naik kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin.

Langkah 4:

1. Untuk elak melekat pada tangan, sapukan tepung gandum pada tangan ketika membentukkan baby cakoi dan donut.

2. Cara bentukkan baby cakoi, gelekkan doh atas papan sehingga panjang dan potong mengikut saiz yang diingini kemudian kepitkan antara dua.

3. Cara bentukkan baby donut pula, bulatkan doh kemudian tekan leper dan tekap menggunakan penutup botol/nozel.

4. Biarkan doh naik kembang 2 kali ganda.

5. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian goreng menggunakan api sederhana.

Kredit: Missz Amira

Baca juga: Rahsia Kejelitaan Kuih Cek Mek, Kuih Tak Buncit & Tak Keluar Air Gulanya Bila Digoreng

Nasiha

Recent Posts

Resipi Pancake Anti-Gagal & Elok Kejadiannya, Lembut Bak Kapas!

Siapa yang tidak suka pancake? Dengan resepi pancake ini, anda tak perlu risau lagi kerana…

2 hours ago

Kek Marjerin Semudah 5 Langkah, Mak-Mak Lagi Suka Versi Cantik Begini

Setelah selesai melakukan tugas harian di rumah, mak-mak pasti akan mengisi masa lapang dengan membuat…

2 hours ago

Jangan Buang Sarang Telur Ayam, Boleh Guna Untuk Elak Sampah Berbau & Berair!

Bau busuk sampah di dapur sering menjadi masalah yang dihadapi oleh banyak orang. Sarang telur…

17 hours ago

Samosa Kentang Daging Blackpepper, Kudapan Rangup Pedas Buat Tergoda

Resipi samosa kentang daging blackpepper ini mudah dan boleh dibekukan untuk kegunaan kemudian. Dengan inti…

19 hours ago

Sotong Gajus Ala Thai, Lauk Ringkas Tapi Lengkap Dengan Rasa!

Kalau anda bertanyakan bagaimana rasa masakan sotong gajus ala Thai ini, jawapannya adalah gabungan rasa…

22 hours ago

Tips Buat Soto Ayam Yang Sedap, Resipi Asli Daripada Chef Indonesia

Resepi soto ayam adalah hidangan ikonik dari Indonesia yang terkenal dengan rasa yang kaya dan…

22 hours ago