Kalau ibu-ibu sudah jemu asyik masak menu yang sama atau sudah kering idea nak masak masakan apa dengan menggunakan ayam, boleh cuba resipi Ayam Perap Mayo ini.
Rasanya sangat sedap kerana telah diperap dengan mayonis yang berlemak, sesuai untuk digoreng atau dibakar. Bahan yang digunakan juga sangat mudah dan tidak rumit.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Ezani Hana Syafniza untuk rujukan anda semua. Boleh dibuat untuk makan tengahari nanti untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!
Resipi Ayam Perap Mayo
Bahan-bahan:
-
Ayam ikut suka berapa banyak
-
Halia
-
Bawang Putih
-
Mayonis
-
Sos Tiram
-
Kicap (saya pakai kicap manis)
-
Honey
-
Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih dan halia.
2. Campur semua bahan dan gaul sebati. Boleh ubah kuantiti bahan mengikut citarasa masing-masing. Jika mahu rasa manis atau lebih berlemak, lebihkan madu dan mayonis.
3. Perap selama 5 jam ke atas.
4. Sedia untuk digoreng atau dibakar. Selamat mencuba!
Kredit: Ezani Hana Syafniza