Categories: Resipi

Cara Buat Nasi Ayam Penyet, Resipi Lengkap Dengan Sambal, Sup Kosong & Bahan Sampingan

Kalau anda tengah cari resipi ayam penyet yang mudah dan sedap macam di restoran Indonesia, inilah resipi yang patut cuba. Bahan ringkas dan cara masak pun senang, tapi hasilnya memang padu!

Ayamnya rangup di luar dan lembut di dalam, ditambah sambal penyet pedas serta kriuk-kriuk yang garing, memang membuka selera. Sesuai sangat untuk hidangan tengah hari atau makan malam.

Baca juga: Resipi Ayam Karamel Bawang Yang Pekat Berkilat, Rasa Pun Tak Terkata Sedapnya!

RESIPI AYAM PENYET (SAMBAL PENYET, SUP KOSONG & BAHAN SAMPINGAN)

Bahan kisar ayam penyet:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Sedikit lengkuas

Bahan perapan ayam penyet:

  • 1 ekor ayam (dipotong dan dicuci bersih)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit gula
  • Serbuk perasa secukupnya

Bahan salutan tepung ayam penyet:

  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Secubit soda bikarbonat
  • Sedikit air rebusan ayam (dimasukkan sedikit demi sedikit)

Cara masak ayam penyet:

  1. Kisar halus semua bahan kisar. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama ayam. Tambahkan serbuk kunyit, gula dan serbuk perasa.
  2. Rebus hingga ayam lembut. Toskan ayam dan jangan buang air rebusan.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan salutan tepung.
  4. Masukkan air rebusan sedikit demi sedikit hingga jadi bancuhan sederhana pekat.
  5. Salutkan ayam dengan bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas hingga keemasan.
  6. Untuk buat kriuk-kriuk rangup, guna baki bancuhan tepung tadi, tuang sedikit ke dalam minyak panas.
  7. Bila dah garing, angkat dan toskan minyak.

Bahan-bahan sambal penyet:

  • Cili padi merah & hijau (campur)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Sedikit belacan (besar ibu jari)
  • Garam, gula, serbuk perasa & cuka secukupnya

Cara buat sambal penyet:

  1. Goreng semua bahan hingga layu.
  2. Angkat dan kisar halus.
  3. Tumis semula dalam minyak yang sama.
  4. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan sedikit cuka.
  5. Masak hingga sambal sedikit pekat dan naik minyak.

Bahan-bahan sampingan:

  • Tempe (dihiris nipis)
  • Kobis (dipotong sederhana besar)
  • Timun (dihiris nipis)

Cara penyediaan bahan sampingan:

  1. Celup tempe dalam baki bancuhan tepung perapan ayam.
  2. Goreng dalam minyak yang sama hingga garing.
  3. Susun kobis, timun dan tempe dalam pinggan bersama ayam penyet.

Bahan-bahan sup kosong:

  • 3 ulas bawang putih (dititik)
  • 1 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • Daun bawang & bawang goreng (jika ada)

Cara buat sup kosong:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
  3. Masukkan air, garam dan serbuk perasa.
  4. Bila mendidih, tutup api dan taburkan daun bawang serta bawang goreng.

Hidangkan ayam penyet bersama sambal, tempe goreng, sayur dan sup panas. Lengkap satu hidangan yang memang puas hati!

Sumber: Ameen Fami

Baca juga: Resipi Hati Ayam Goreng Manis Ini Memang Berhantu, Sekali Cuba Confirm Nak Lagi!

Wan N

Recent Posts

Resipi Mi Hailam Penuh Lauk & Kuah Pekat, Sekali Hidang Terus Semua Nak Cedok!

Resipi mee hailam sedap ini sesuai untuk makan malam kerana menggabungkan mi kuning dengan ayam,…

12 hours ago

12 Makanan Warna Hitam Yang Rupanya Penuh Nutrisi, Jangan Pandang Sebelah Mata!

Bila sebut pasal makanan sihat, mesti ramai antara kita terbayang pinggan yang penuh dengan sayur-sayuran…

12 hours ago

Resipi Sweet Potato Balls, Bila Gigit Rangup Di Luar & Lembut Kenyal Di Dalam

Kalau pernah beli sweet potato balls masa jalan-jalan di Cameron Highlands, mesti tahu jajan ini…

14 hours ago

Bawang Kisar Tahan Lama, Ini 7 Petua Mudah Supaya Tak Cepat Berair & Rosak

Nak kerja memasak jadi lebih cepat? Buat stok bawang kisar tahan lama boleh jadi cara…

15 hours ago

Tak Sangka Baked Milk Custard Semudah Ini Nak Buat, Lembut & Cair Dalam Mulut!

Baked milk custard antara pencuci mulut yang menarik perhatian kerana teksturnya yang lembut, gebu dan…

16 hours ago

Resipi Telur Dadar Goreng Crispy, Rangup Macam Kulit Ayam Pasar Malam

Telur dadar goreng ini memang lain daripada telur dadar biasa. Telur dibuat nipis dan garing…

16 hours ago