Menu ayam masak bawang Pulau Pinang ini nampak sedap dan menyelerakan.
Menerusi perkongsian oleh Che Atie, katanya resipi ini paling terkenal di restoran Nasi Kandar di serata Penang.
Beliau ada berkongsikan cara membuatnya langkah demi langkah di bawah. Kalau ada yang teringin nak rasa, ikut saja resipi ini. Selamat mencuba!
1. Goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Minyak goreng bawang tadi guna untuk goreng ayam pula.
3. Goreng ayam 3/4 masak.
4. Guna 1 senduk minyak goreng ayam tadi. Tumis daun pandan, daun kari dan 4 sekawan.
5. Masuk pes halia bawang putih dan kacau.
6. Masuk pes bawang besar 1 labu yang diblend dengan air. Masuk pes dulu kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.
7. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, jintan manis, jintan putih, serbuk kari daging dan garam masala. Kacau rata.
8. Masuk 1 sudu sos cili, sos tamato dan sos tiram. Kacau.
9. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Garam jangan banyak. Gaul sehingga sebati dan kuah pekat.
10. Masukkan ayam yang digoreng tadi, kacau sehingga sebati.
11. Akhir sekali, masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau rata, siap! Selamat mencuba.
Kredit: Che Atie
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…
Biasa makan tomyam ayam atau tomyam seafood? Apa kata kali ini cuba pula resepi ikan…
Kuih lompang sukatan cawan antara resipi kuih tradisional yang mudah dibuat sendiri di rumah. Rasanya…
Resepi kek pisang mudah ini mempunyai kelainan tersendiri dengan penggunaan mentega perang atau brown butter…