ayam mangga

Musim mangga dah tiba! Kalau ada mangga separuh masak di rumah, apa kata cuba buat Ayam Mangga Thai. Resipi ini memang ringkas! Ayam digoreng celup tepung saja, kemudian digaul dengan sos mangga yang masam, manis dan pedas.

Tak perlu masak lauk banyak-banyak pun. Makan dengan nasi panas dan sayur goreng pun dah cukup menyelerakan. Nak tahu cara buat? Jom tengok senarai bahan dan langkahnya di bawah. Memang senang sangat!

Baca juga: Cara Basuh Ayam Paling Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Hilangkan Segala Lendir & Bau

RESEPI AYAM MANGGA

ayam mangga

Bahan untuk ayam:

  • 300g isi ayam (dipotong kecil)
  • Tepung goreng segera (contohnya Bestari atau jenama lain)

Bahan untuk sos mangga:

  • 1 biji mangga separuh masak (diparut atau dicincang panjang-panjang)
  • 5-8 biji cili padi merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah kecil (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar sos Thai
  • 1 sudu besar kicap sotong Thai
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa (optional)
  • Jus dari 1-2 biji limau kasturi
  • Daun ketumbar (dihiris )

Cara memasak:

  1. Salut isi ayam dengan tepung goreng segera.
  2. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan kekuningan. Toskan minyak.
  3. Dalam mangkuk besar, satukan mangga parut, cili padi, bawang merah, bawang putih, daun ketumbar, sos Thai, kicap sotong Thai, serbuk cukup rasa dan air limau kasturi.
  4. Gaul hingga semua bahan sebati.
  5. Perasakan dengan menyesuaikan rasa manis, masam dan masin mengikut cita rasa anda.
  6. Masukkan ayam goreng ke dalam mangkuk sos.
  7. Gaul rata dan biarkan seketika supaya ayam menyerap rasa.

Sumber: Imanja Zaida

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Ketumbar, Perapan Rahsia Ini Confirm Sedap Menjilat Jari!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN