ayam cili padi

Nak lauk simple tapi padu? Resepi Ayam Cili Padi Bersantan ini memang wajib dicuba. Rasa lemak santan campur pedas-pedas manja dari cili padi, memang ngam kalau makan dengan nasi panas.

Lagi nikmat kalau letak sikit kicap atas nasi, confirm berselera! Resipi ini mudah saja, bahan pun tak banyak. Sesuai sangat untuk menu harian atau bila rasa nak makan sesuatu yang berkuah dan pedas.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Sos Cili, Ini Rahsia Agar Kuah Gelap & Rasa Lagi Memikat!

RESEPI AYAM CILI PADI BERSANTAN

ayam cili padi

Bahan-bahan:

  • Ayam (digoreng separuh masak – anggaran 5 ketul)
  • 10 biji cili besar*
  • 10 biji cili padi*
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Belacan (sebesar ibu jari)*
  • ½ kotak kecil santan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam/serbuk perasa secukup rasa
  • Daun kunyit (dihiris halus)

Cara-cara:

  1. Kisar kasar bahan-bahan bertanda (*) bersama sedikit minyak dan air.
  2. Tumis bahan kisar dalam minyak panas sehingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan santan, asam keping, gula dan perasa secukupnya. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi, gaul rata.
  5. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Gaul sebati.
  6. Siap untuk dihidang!

Sumber: Cik Ena Rahman

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kicap Kenduri Semudah ABC, Terus Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN